Semalam kita dikejutkan sekali lagi dengan kehilangan kartunis Qayyum. Kartunis majalah Ujang ini meninggal dunia akibat stroke. Arwah dikhabarkan tiba-tiba pengsan sewaktu menaiki apartmentnya dan dibawa ke PPUM. Arwah disahkan meninggal dunia jam 7.45 malam. Arwah akan dikebumikan di Batu Talam, Raub.Peminat majalah Ujang pasti kenal akan beliau ini kan yang sering tampil sebagai kartun berambut kerinting panjang berkaca mata.Beliau menghembuskan nafas terakhir ketika menaiki tangga apartment. Beliau di bawa ke PPUM untuk rawatan namun meninggal jam kira-kira 7.45 petang. Selain melukis Allahyarham Qayyum juga rajin menulis sehingga terpilih untuk menjadi editor majalah Ujang.
arwah ni yang berlakon jadi sukri supian ke ek dalam vcd ujang tu?kalo betul yang tu mmg suke sangat la dia..sempoi gila..lawak mmg best..apapun takziah diucapkan..baca kat fb kartunis gandum smalam
al-fatihah buat arwah... takziah buat keluarga arwah... mmg minat ngan lakonan arwah yg sempoi tu.. majalah ujang pon x pernah miss lagi2 kalu ada percuma vcd lakonan kartunis2 ujang ngan apo..