CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21162|Reply: 98

Norzizi Zulkifli bukak tudung ke uolsss??

[Copy link]
Post time 17-6-2011 06:28 PM | Show all posts |Read mode


Norzizi Zulkifli Tak Mahu Dibayangi Khatijah Tan?

Teks oleh Syafiqah Jalal

Foto oleh Mazlan Photography

KUALA LUMPUR, 17 JUN 2011: Biarpun diberi watak yang pernah digalas oleh Khatijah Tan, namun pelakon, Norzizi Zulkifli, 35, sedaya upaya tidak mahu lakonannya dibayangi dengan pelakon tersebut menerusi pementasan semula teater Mak Dara Nyonya yang bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), pada 6 hingga 12 Julai depan.

Malah, Norzizi Zulkifli yang memegang watak sebagai Keponakan A mengakui watak yang dipikulnya itu sangat berat serta mencabar, apatah lagi selepas lebih kurang dua tahun dia berehat serta meninggalkan bidang teater.

"ada awalnya lagi, saya sudah diberitahu yang saya adalah pengganti kepada watak yang sepatutnya dipegang oleh Kak Khatijah Tan dalam teater Nyonya sebelum ini. Cuma bezanya sedikit watak Keponakan A dalam nyonya dikembangkan sedikit sesuai dengan tetater ini yang turut menggabungkan beberapa kisah tentang pengasas Jamu Mak Dara, Ibu Halimah.

"Saya mendapat tawaran ini pun baru sahaja iaitu dalam akhir bulan Mei yang lalu. Saya terus menerimanya sahaja memandangkan dah lama tak bergerak aktif dalam lakonan teater, tambahan pula diberikan watak sebesar ini. Kali terakhir saya meninggalkan teater pun pada tahun 2009. Sekurang-kurangnya boleh juga lepas gian untuk berlakon teater.

"Namun, terus-terang saya katakan watak ini sangat mencabar dan susah bagi saya. Ianya bukan sahaja menguji stamina saya malah juga kekuatan daya ingatan saya untuk menghafal dialong yang sangat panjang.

"Selain itu, cabaran lain adalah bagaimana saya perlu mencipta dan membina watak ini. Sudah tentu cara pembawakan saya dengan Kak Khatijah Tan berbeza dengan style saya," jelas Norzizi Zulkifli ketika dihubungi oleh murai.com.my

Sementara itu, penerbit CTRA Produksi, Siti Rohayah Atan berkata pemilihan Norzizi amat bersesuaian untuk menggantikan pelakon Khatijah Tan yang pada saat akhir memberitahu tidak dapat memberikan komitmen kepada teater tersebut.

"Selepas sidang media pertama teater Mak Dara Nyonya pada bulan Mei lalu Khatijah Tan terpaksa memberitahu bahawa dia tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya dalam teater ini kerana jadualnya bertindih dengan komitmen lain.

"Jadi, saya terus tidak membuang masa untuk mencari penggantinya. Saya tak fikir panjang kerana secara tidak langsung pada masa itu saya terus teringatkan Norzizi yang kebetulan sudah lama tidak berlakon teater. Lagipun saya tahu dia mampu membawa watak Keponakan A ini.

"Saya juga sarankan dia supaya bawa watak itu mengikut kesesuaian serta kemampuannya sahaja. Saya tahu setiap orang ada cara serta pendekatan mereka masing-masing. Pasti kelainan ini akan membuatkan orang tak sabar untuk menontonnya.

"Ditambah pula dengan pelakon yang pertama kali berlakon teater iaitu Farah Fauzana, saya rasa teater ini akan nampak lebih interesting dan fresh untuk tontonan kelak," jelas Rohayah Attan ketika dihubungi muria.com.my.

Selain Farah Fauzana dan Norzizi, beberapa pelakon popular yang menjayakan teater ini ialah Misha Omar, Sarimah Ibrahim, dan Sherry Syed Abdullah manakala Juhara Ayob mengalas tanggungjawab melakonkan watak Mak Dara.

Teater di bawah kerjasama Matic dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) itu mengisahkan dua kisah tetater iaitu dari teater Nyonya dan gabungan kisah tentang perjalanan dan kesengsaraan hidup pengasas Jamu Mak Dara, Ibu Halimah.

Tiket untuk menyaksikan Teater Mak Dara Nyonya ini boleh didapati dengan harga RM32, RM52 dan RM82. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-41478600, 012-2977220 dan 013-6293825.

-murai.com.my-



nak jadi mcm salima ke uolss...


om.my-

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2011 06:29 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 06:34 PM | Show all posts
hambut pelesu....
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 06:36 PM | Show all posts
baru nak cakap, buat style ala2 salima la nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2011 06:44 PM | Show all posts
tula pasal......
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 06:46 PM | Show all posts
hmmm..susah benor nak istiqamah ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2011 06:58 PM | Show all posts
dia dah kurus sikit kan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 06:58 PM | Show all posts
malas nak baca...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2011 07:05 PM | Show all posts
fefeeling audrey hepburn ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 07:13 PM | Show all posts
lor...buka tudung dah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 07:44 PM | Show all posts
no comment sgt2
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 08:21 PM | Show all posts
maw cari mkn maa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 08:24 PM | Show all posts
nanti dia bagi alasan guna rambut palsu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 09:19 PM | Show all posts
kalo salima tu aku pecayala dia jenis yang x kesah kalo x bertudung sekalipun, macam yang orang ramai selalu buat la....bila kat luar pakai, bila kat rumah jalan2 kat taman/kampung free hair je..

tapi si zizie ni aku tengok dia macam sungguh2 nak pakai...untuk kes ni, opkos alasan dia untuk sesuaikan dengan watak...x patut...x patut...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2011 09:26 PM | Show all posts
Reply 14# hyie


    khenss..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2011 09:28 PM | Show all posts
Reply  hyie


    khenss..
mea Post at 17-6-2011 09:26 PM



   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2011 10:10 PM | Show all posts
walaupown pakai rambut palsu.. tetap gak x bertudung..:re:
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 10:17 PM | Show all posts
cop! alang2 kome bukak thread ni, aku nak tanya pasal adik dia si zazlin. dia mmg pandai nyanyi ke uols? rasa cam penah ternampak dia kat sarapan pagi, ke tu orang lain?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2011 10:17 PM | Show all posts


-dari FB Mak Dara Nyonya-

gigihnya mak noks memalam nih..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2011 10:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by bottombikini at 17-6-2011 23:27

-tripelposted-
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.078099 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list