|
View: 13115|Reply: 4
|
Ieda Moin terkedu ditawar bayaran rendah macam pelakon ekstra - "Mereka nak bagi 'daily paid' (bayaran harian) RM800 untuk dua episod"
[Copy link]
|
|
|
Pelakon dan penyanyi, Ieda Moin memaklumkan mahu serius menceburi bidang perniagaan sebagai jaminan masa depan.
Ieda atau Siti Haida Abd Moin, 47, berkata dia bagaimanapun akan terus berlakon kerana ia adalah platform untuknya mendekati peminat.
"Untuk jadual awal tahun ini, mungkin penerbit masih menyusun kalendar dan saya sedang tunggu tawaran berlakon.
"Sebenarnya ada juga yang panggil saya berlakon, namun saya terkedu kerana ditawarkan harga yang tidak masuk akal.
"Bayangkan bayaran yang akan diberikan sangat rendah seolah-olah taraf saya seperti pelakon ekstra," katanya ketika ditemui hadir pada majlis Preview Set Berbuka Ramadan di sebuah restoran, di sini, baru-baru ini.
Ieda mengakui terkejut dengan tawaran ini dan menyoal pengurus produksi sama ada dia baru memegang jawatan itu.
"Sebab memang bukan harga saya. Malah, saya sanggup tak ada 'job' daripada turunkan harga seteruk itu. Mereka nak bagi 'daily paid' (bayaran harian) RM800 untuk dua episod. Tak boleh!
"Selalunya kita artis dipanggil untuk supporting (watak pembantu), dia akan buat bayaran per episod atau bergantung pada babak.
"Saya tanya, programnya satu jam atau setengah jam? Dia kata satu jam. Tapi ada macam drama dalam program. Jadi bila dia kata satu hari kita boleh shoot dua episod untuk cerita setengah jam, takkanlah saya nak ambil," katanya.
Katanya, dia mempunyai kadar harga sendiri untuk penggambaran selama 30 minit dan satu jam.
Dalam perkembangan berkaitan, Ieda membayangkan akan membuka francais Seoul Garden Korbi Grill berikutan sambutan hebat diterima daripada pelanggan.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Faham legend tapi kena ikut trend semasa kot. Maksudnya, kalau market skrng memerlukan orang macam sepiah barkobar tu baru viewers naik mungkin ok la nak demand. Tapi kalau acik
ida mampu meyakinkan producer yg dia mampu tarik viewers macam patah amon dan barkobar baru la mereka berani nak bayar dgn kadar sendiri macam waktu tgh top dulu. Bila dah tak famous ni dah tak boleh memilih lain la faizal husin makin tua makin diminta. Acanerr eh faham2 sendiri la. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
2hari rm800..shot berapa minit je scene???? ok lah tu kot |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan bayaran 800 utk dua episod kan
Sehari 800
Jap, cikgu yang org komen konon2 byk gaji tu pun sehari baru 300++ |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sesuai la ng ko ...ko pn bkn pemes tk lawa laktu |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|