CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12873|Reply: 1

Palestin kecam Israel isytihar tanah Tebing Barat harta kerajaan

[Copy link]
Post time 16-2-2026 10:14 AM | Show all posts |Read mode





Ramallah: Kepresidenan Palestin memberi amaran mengenai kesan buruk daripada keputusan kerajaan Israel yang membolehkannya mengisytiharkan tanah di Tebing Barat yang diduduki sebagai harta kerajaan, sambil menyifatkan langkah itu sebagai peningkatan ketegangan yang serius dan pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Dalam satu kenyataan, Kepresidenan Palestin berkata keputusan mengklasifikasikan tanah Tebing Barat sebagai tanah kerajaan di bawah pihak berkuasa Israel merupakan ancaman langsung terhadap keselamatan dan kestabilan.

Ia menegaskan bahawa langkah itu bersamaan dengan pengilhakan secara de facto ke atas wilayah Palestin yang diduduki serta menandakan bermulanya pelaksanaan pelan pengilhakan yang bertujuan mengukuhkan pendudukan menerusi peluasan penempatan haram.

Kepresidenan Palestin menyatakan bahawa langkah berkenaan secara berkesan membatalkan perjanjian yang telah ditandatangani dan jelas bercanggah dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), khususnya Resolusi 2334 yang menegaskan bahawa semua aktiviti penempatan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmuqaddis Timur, tidak mempunyai kesahan undang-undang dan merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Menurut kenyataan itu, langkah unilateral berkenaan tidak akan memberikan sebarang legitimasi kepada pendudukan Israel ke atas tanah Negara Palestin dan tidak akan mengubah status undang-undang serta sejarah bahawa Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis Timur dan Semenanjung Gaza merupakan wilayah Palestin yang diduduki di bawah undang-undang antarabangsa.

Kepresidenan Palestin menyeru masyarakat antarabangsa – terutamanya Majlis Keselamatan PBB dan pentadbiran Amerika Syarikat – supaya campur tangan segera bagi menghentikan tindakan Israel serta memaksa Israel mematuhi undang-undang antarabangsa dan resolusi antarabangsa berkaitan bagi meredakan ketegangan dan memulihkan kestabilan.

Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2026 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Hemes betul la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.370254 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list