CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9509|Reply: 1

“Saya Perlukan Isteri Boleh Jadi Pendengar Yang Baik & Menghormati” - Ezwan Zain

[Copy link]
Post time 16-2-2026 09:32 AM | Show all posts |Read mode





Suami kepada pelakon dan penyanyi Erra Fazira iaitu usahawan Ezwan Zain berkata sebagai lelaki dia mahukan isteri yang boleh menjadi pendengar yang baik.

Menerusi satu podcast, Ezwan meluahkan rasa syukur dikurniakan isteri yang merupakan seorang pendengar yang baik.




“Alhamdulillah, isteri saya seorang pendengar sangat baik. Walaupun kadang-kadang dia tidak memandang muka saya, saya tahu dia mendengar setiap apa saya luahkan,” katanya.

Sementara itu, Ezwan turut berpendapat sikap menghormati menjadi perkara utama dalam keharmonian rumah tangga dan segala urusan akan menjadi lebih mudah.

“Saya perlukan seorang isteri yang boleh menjadi pendengar yang baik dan juga seorang yang menghormati.

“Saya rasa semua lelaki rasa dengan sifat hormat itu sahaja dah boleh selesai masalah. Kalau kita letak sifat hormat itu di hadapan, semua perkara menjadi baik,” katanya.

Sumber: Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2026 01:34 PM | Show all posts
Couple ni nampak wangi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.115923 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list