|
View: 16816|Reply: 3
|
[Lain-Lain]
PANGKU (SINGLE PARENT SILA MASUK!!!)
[Copy link]
|
|
|
Filem Pangku (On Your Lap) ialah filem yang mengisahkan pasal Sartika (Claresta Taufan), seorang ibu muda yang sedang hamil dan merantau ke Pantura demi mencari masa depan yang lagi cerah... Dia pada mulanya dibantu oleh Bu Maya (Christine Hakim), seorang pemilik kedai kopi, namun kemudiannya telah diperangkap untuk bekerja di 'warung kopi pangku'... Akibat terhimpit dengan kemiskinan, Sartika terpaksa melayani pelanggan sehinggalah dia bertemu dengan seorang pemandu lori bernama Hadi (Fedi Nuril) yang akhirnya memberikan harapan di tengah-tengah kegetiran hidup yang dilaluinya... Filem Pangku ni merupakan debut arahan pelakon Reza Rahadian...
Sebetulnye filem ni dah agak lama... Sudah tayang dekat pawagam Indonesia dan Malaysia juga, tapi mungkin masih boleh kena diperbicangkan sebab beberapa waktu lepas dah bahas juga pasal Fatherless... Jika filem Suka Duka Tawa, Andai Ibu Tidak menikah dengan Ayah, Surat Untuk Masa Mudaku membahas impak Fatherless pada anak... Mungkin filem Pangku boleh menjadi membahas pasal impak ketiadaan Bapa pada Ibu, mungkin lagi sesuai disebut husbandless / single parent... Sebab ketiadaan peran Bapa tak hanya memiliki impak ke anak, tapi juga ke Ibu... Sebab peran Bapa juga menjadi beralih kepada sosok Ibu, baik dari segi ekonomi mahupun peran keluarga...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dekat filem Pangku diceritakan, pada awal filem watak Sartika dah dapat "Badai Trauma Beruntun" (Compound Trauma) sebab Sartika mengandung di luar nikah, diusir dari rumah dan ditinggalkan pasangan... Banyak masalah terjadi dalam sekali masa yang membuat Sartika sukar untuk berpikir jernih... Masa awal filem juga diceritakan bahawa Sartika menumpang lori untuk mencari pekerjaan di malam hari, benda ni juga pertanda Sartika tidak boleh berpikir jernih dan mungkin mengalami apa yang dinamai tunnel vision...
Dalam psikologi, tunnel vision merupakan keadaan mental di mana seseorang terlalu fokus pada satu perkara boleh karana masalah, ancaman, depresi atau tekanan hebat (dekat filem karanan badai trauma beruntun) sehingga dia kehilangan keupayaan untuk melihat gambaran besar atau penyelesaian alternatif... Sartika mungkin tidak terfikir untuk mencari bantuan daripada agensi sosial, perundangan atau alternatif lain kerana fikirannya hanya tertumpu pada "Di mana saya akan cari kerja dan tidur malam ini?"... Keperluan yang mendesak memaksa otaknya untuk menutup semua pilihan lain yang mungkin tersedia jika dia berada dalam keadaan tenang... tunnel vision juga menjadi sebab ketidakupayaan untuk menilai risiko... Sartika juga tidak melihat risiko keselamatan dan kejahatan diseikelilingnya di malam hari yang boleh berlaku... Nasib baik Sartika bertemu dengan Bu Maya...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Selapas melahirkan dan Sartika menjadi singgle parent, Iols rasa dia megalami beberapa masalah yang memang boleh berlaku pada singgle parent... Baik itu berupa masalah parenting, masalah dalaman, mahupun masalah ekonomi... Masalah-masalah tersebut boleh dikategorikan kepada tiga dimensi utama, iaitu tekanan kognitif (seperti decision fatigue), keletihan emosi (seperti parental burnout), dan gangguan keresahan fungsional (seperti high-functioning anxiety)...
Menjadi ibu bapa tunggal (single parent), menciptakan tekanan dalaman yang jauh lebih masif berbanding pola asuhan berpasangan... Secara psikologi, seorang ibu bapa tunggal sering kali terjebak dalam kondisi Decision Fatigue atau keletihan membuat keputusan... Disebabkan ketiadaan pasangan untuk berbincang atau berkongsi tanggungjawab... Otak dipaksa untuk terus-menerus memproses ribuan pilihan setiap hari, bermula dari hal remeh seperti menu makanan hinggalah kepada keputusan besar berkaitan kewangan dan masa depan anak... Beban kognitif yang berterusan ini menguras tenaga mental secara perlahan, yang akhirnya membuatkan mereka berasa lumpuh secara emosi atau sebaliknya mengambil keputusan meluru (impulsif) kerana kapasiti otak untuk menimbang risiko sudah mencapai titik tepu...
Keletihan yang berlarutan ini kemudiannya sering menjurus kepada Parental Burnout, iaitu satu keadaan keletihan melampau yang spesifik dalam peranan pengasuhan... Berbeza dengan stres biasa, burnout membuatkan seorang ibu atau bapa berasa terputus secara emosi (emotional distancing) daripada anaknya... Mereka mungkin tetap menjalankan tugas fizikal seperti memandikan atau memberi makan, namun secara batin mereka berasa hampa dan kehilangan kegembiraan dalam berinteraksi dengan anak... Secara saintifik, hal ini berlaku kerana simpanan hormon pelindung seperti oksitosin telah habis dikuras oleh hormon stres (kortisol)... Perasaan bersalah kerana "tidak dapat mencintai anak sepenuhnya" sering kali muncul, yang kemudiannya memburukkan lagi kondisi mental mereka dan menciptakan kitaran syaitan kemurungan yang sukar diputuskan...
Jika masih teringat Filem Norma: Antara Mertua dan Menantu... Keadaan ini mempunyai persamaan dengan Postpartum Depression (PPD) dari segi simptom seperti kelesuan melampau, rasa hampa, dan kesukaran membina ikatan emosi dengan anak, namun punca dan tempohnya berbeza... PPD biasanya dicetuskan oleh perubahan hormon mendadak selepas bersalin, manakala isu yang dibincangkan tadi lebih bersifat trauma kronik dan keletihan psikososial akibat beban hidup yang berterusan... Walaupun begitu, seorang ibu tunggal yang mengalami trauma pengusiran dan pengkhianatan mempunyai risiko yang jauh lebih tinggi untuk menghidap PPD yang lebih parah dan berlarutan jika tidak mendapat sokongan sistemik yang stabil...
Dekat filem Pangku, Iols rasa Sartika juga mengalami decision fatigue... Benda tu nampak pada masa Sartika tidak dapat menguruskan pentadbiran pendaftaran sekolah anak mereka kerana mereka tidak mempunyai dokumen pendaftaran yang lengkap... Sartika nampak letih dan sedih sampai menangis... Tapi dekat filem ni, decision fatigue tidak membuat Sartika mengalami parental burnout juga... decision fatigue memang tak selalu disertai parental burnout dan kesukaran emosi dengan anak... Dekat filem ni, Sartika tidak sukar membina emosi dengan anaknye yaitu Bayu, mungkin sebab karana ade Bu Maya yang boleh jaga Bayu masa Sartika bekerja...
Di tengah-tengah semua tekanan menjadi single parent, ramai ibu bapa tunggal yang kelihatan sangat tabah dan berjaya di mata orang lain... Namun sebenarnya mereka sedang menghidap High Functioning Anxiety (kerisauan berfungsi tinggi)... Dari luar, mereka nampak sangat produktif, berdisiplin, dan teratur, namun di dalam hati, penggerak utamanya adalah ketakutan yang mencekam, takut gagal, takut jatuh miskin semula, atau takut anak mereka akan menderita seperti masa lalu mereka... Mereka tidak boleh berehat, setiap detik waktu lapang dianggap sebagai ancaman... Kerisauan ini sering kali menjelma dalam bentuk perilaku perfeksionis atau berfikir secara berlebihan (overthinking) yang parah... Mereka memaksakan diri bekerja melampaui batas (overworking) sebagai bentuk pampasan (kompensasi) ke atas rasa tidak selamat mereka, yang secara fizikal boleh bermanifestasi menjadi gangguan tidur, masalah pencernaan, hinggalah jantung berdebar kronik...
Selain ketiga-tiga hal tersebut, terdapat juga beban Identity Crisis (krisis identiti)... Seorang ibu bapa tunggal sering kali kehilangan jati diri sebagai individu kerana seluruh waktunya terserap oleh peranan sebagai "pencari nafkah" sekaligus "pengasuh"... Mereka mungkin berasa tidak lagi mempunyai hak untuk memiliki keinginan peribadi, hobi, atau kehidupan romantik yang sihat terutamanya jika ada bayang-bayang trauma daripada hubungan masa lalu... Tekanan dalaman ini menciptakan rasa kesunyian yang eksistensial, di mana mereka berasa harus menjadi wira bagi anaknya, namun pada masa yang sama, mereka sendiri berasa hancur di dalam tanpa ada tempat untuk bersandar...
Iols letak gambar budak-budak fatherless dekat filem Pangku, tapi Iols tak nak bahas ulang pasal fatherless dekat benang ni... Sila baca pasal fatherless dekat benang Suka Duka Tawa dan Surat Untuk Masa Mudaku...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|