CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26364|Reply: 0

[Sarawak] JKM Kuching kesan ibu kandung atau waris terdekat bayi

[Copy link]
Post time 14-2-2026 03:17 PM | Show all posts |Read mode


JKM mahu mengesan ibu bayi lelaki bersama sekeping nota yang tertera nama Aiden Isaac, tarikh 3 Februari 2026, 0724hrs, serta catatan IBAN dan Kristian

KUCHING: Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Kuching sedang berusaha mengesan ibu kandung atau waris terdekat kepada seorang bayi lelaki yang diletakkan di Pusat Perlindungan Bayi (Baby Hatch) di Borneo Medical Centre pada 3 Februari lalu.

Dalam kenyataan media semalam, JKM memaklumkan bayi berkenaan ditemui pada jam 7.24 pagi dalam keadaan berbalut sehelai tuala berwarna coklat bersama sekeping nota yang tertera nama Aiden Isaac, tarikh 3 Februari 2026, 0724hrs, serta catatan IBAN dan Kristian.

Menurut kenyataan itu, kehadiran ibu kandung atau waris adalah penting bagi membantu proses pendaftaran sijil kelahiran untuk tujuan penentuan kewarganegaraan.

Selain itu, ia membolehkan penilaian dibuat terhadap bentuk penjagaan atau penempatan yang paling sesuai demi kepentingan terbaik kanak-kanak berkenaan.

JKM turut memberi jaminan bahawa kerahsiaan mana-mana pihak yang tampil akan dipelihara sepenuhnya selaras dengan prosedur dan peruntukan undang-undang sedia ada.

Sehubungan itu, ibu kandung atau waris sah diminta menghubungi Pelindung, Norazman Abdul Rahim di talian 082-507111 atau 082-507999 atau melalui e-mel [email protected]. Mereka juga boleh hadir sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching untuk urusan lanjut.

Kenyataan media ini dikeluarkan dengan kebenaran Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Kuching selaras dengan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.413087 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list