CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 19815|Reply: 3

Semua pihak perlu berhati-hati sentuh isu agama - Lee Lam Thye

[Copy link]
Post time 13-2-2026 12:32 PM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR: Semua pihak termasuk pemimpin, anggota masyarakat, pertubuhan sivil dan pengguna media sosial digesa untuk sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati, bijaksana dan bertanggungjawab apabila menyentuh isu berkaitan agama.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata sebarang isu membabitkan agama hendaklah ditangani melalui saluran sah, berhemah dan berunding dengan mengutamakan keharmonian berbanding konfrontasi.

Katanya, isu sensasi, maklumat palsu dan retorik berunsur hasutan mesti ditolak sama sekali.

"ihak berkuasa juga perlu terus bertindak secara adil, telus dan konsisten dalam menangani pertikaian membabitkan rumah ibadat supaya keadilan terlaksana tanpa prejudis serta selaras dengan undang-undang.

"enguatkuasaan yang tegas tetapi seimbang amat penting bagi mengekalkan keyakinan rakyat dan mengelakkan ketegangan daripada berlarutan," katanya dalam satu kenyataan media sosial, di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, isu-isu kontroversi ini secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia yang selama ini menghargai keamanan dan keharmonian dalam masyarakat majmuk serta berbilang agama.

"Insiden seperti ini sama ada berpunca daripada salah faham, sikap tidak sensitif atau provokasi sengaja, wajar menjadi peringatan bahawa rasa hormat terhadap semua agama bukan pilihan, tetapi asas penting dalam pembinaan negara bangsa.

"Setiap rumah ibadat bukan sekadar bangunan fizikal, malah merupakan pusat kerohanian komuniti yang wajib dihormati, dipelihara dan dilindungi maruahnya," katanya.

Lam Thye berkata, sebarang tindakan yang menghina, mengganggu, mempolitikkan atau mengeksploitasi agama demi kepentingan sempit bukan saja mengancam keharmonian masyarakat, malah boleh menggugat kestabilan negara.

"Setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira pegangan agama, memikul tanggungjawab moral dan sivik untuk mempertahankan prinsip ini.

"erbezaan kepercayaan tidak seharusnya dimanipulasi untuk menimbulkan prasangka atau permusuhan, sebaliknya perlu menjadi asas kepada persefahaman, dialog dan penghargaan antara satu sama lain.

"Dalam saat yang mencabar ini, marilah kita semua meneguhkan kembali nilai bersama, janganlah kita biarkan insiden terpencil memecahbelahkan masyarakat atau meruntuhkan kepercayaan yang dibina sejak sekian lama," katanya.

Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2026 03:06 PM | Show all posts
provoke --> play the victim card --> profit?

either way, tuan tanah yang rugi in every circumstances. simply bullshit

kalau aku tuan tanah, ko main cara kotor, bina secara haram, ko tengok, memang aku balas cara kotor.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 05:25 PM | Show all posts
"Insiden seperti ini sama ada berpunca daripada salah faham, sikap tidak sensitif atau provokasi sengaja, wajar menjadi peringatan bahawa rasa hormat terhadap semua agama bukan pilihan, tetapi asas penting dalam pembinaan negara bangsa.

"Setiap rumah ibadat bukan sekadar bangunan fizikal, malah merupakan pusat kerohanian komuniti yang wajib dihormati, dipelihara dan dilindungi maruahnya," katanya.



dah sah2 buat kat tanah haram bukan satu beratus2.. patut ni kena kasi settle bukan kedua2 belah pihak..ini nampak tuan tanah pulak dinasihat macam2 patut kuat kuasa undang2 betul2 la deyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 08:22 PM | Show all posts
dia ni muka dah mcm mahluk asing

dulu anti islam anti melayu

agenda dia sama, cuma tersembunyi


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 6113 Replies : 35
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20214 Replies : 19
Edisi Luahan Warga Threads:Kecoh di Threads, penonton kecam sistem bunyi Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella... “Macam pembesar suara sekolah”
Skyline_84Edisi Luahan Warga Threads:Kecoh di Thre
Views : 14036 Replies : 24
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 20477 Replies : 41
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44559 Replies : 668
Kisah goreng ayam
budi_jentayuKisah goreng ayam
Views : 26046 Replies : 107
[SBS/viu 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS/viu 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon
Views : 459 Replies : 6
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 367708 Replies : 3565
Maruah Tetap Saya Jaga ~ Ada Pakai Tube & Seluar Pendek
beggMaruah Tetap Saya Jaga ~ Ada Pakai Tube
Views : 9502 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.421438 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list