CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 28665|Reply: 0

[Johor] Wanita warga emas huni 'rumah' timbunan sampah diselamatkan JKM

[Copy link]
Post time 12-2-2026 10:04 AM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Wanita yang didapati menghuni 'rumah' dibina hasil timbunan sampah di kawasan semak di Jalan Kempas Baru berhampiran Taman Setia Tropika di sini sejak dua minggu lalu diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jurucakap JKM berkata, Unit Penguatkuasaan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Johor Bahru ke lokasi berkenaan pada petang hari ini dan menemukan wanita itu dalam keadaan daif di dalam timbunan sampah berhampiran kawasan belukar.

Menurutnya, pihaknya cuba berkomunikasi dengan wanita berkenaan namun terdapat kekangan berikutan laluan berhampiran kawasan berkenaan sibuk serta bising.

Katanya, situasi itu memaksa pihaknya turun ke bahagian bawah tebing jalan dan mencari jalan untuk menghampiri wanita terbabit.

"Beberapa kali unit ini cuba berkomunikasi dengan wanita berkenaan namun gagal. Wanita berkenaan juga tidak memberikan maklum balas yang baik ketika disoal berkaitan latar belakang dan maklumat pengenalan diri.

"Oleh itu, anggota Bomba dan Penyelamat turut ke lokasi untuk membantu memujuk serta menyelamatkan wanita itu daripada terus menetap di timbunan sampah," katanya ketika dihubungi, malam ini.

JKM berkata, pihaknya membuat laporan polis, manakala anggota bomba membawa wanita itu ke Bahagian Daftar Masuk Kecemasan di Hospital Permai untuk mendapatkan rawatan.

Selain itu, menurut JKM, pihaknya menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan memohon bantuan bagi membuat pengesahan biometrik menerusi cap jari wanita berkenaan.

"Hasil pengesahan biometrik mendapati wanita itu dikenali sebagai Siti Sumsiya Muksin berusia 62 tahun dan alamatnya di Teluk Kerang, Pontian. Beliau penduduk tetap berasal dari Indonesia.

"Wanita terbabit diberikan rawatan sementara di Hospital Permai. Usaha bagi mencari keluarga wanita itu akan dijalankan," katanya.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan kehadiran wanita berkenaan amat membimbangkan pengguna jalan raya mahupun penduduk di kawasan berhampiran.

Tindakannya melonggok sampah di situ dikhuatiri menjejaskan imej malah boleh mengundang masalah tidak diingini termasuk pembiakan nyamuk serta lalat.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 74857 Replies : 40
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 21265 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44226 Replies : 610
"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Tong Sampah Amerika ~ Hah Tepokk!
borne"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Ton
Views : 1169 Replies : 1
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 4648 Replies : 7
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15212 Replies : 7
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366912 Replies : 3564
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39294 Replies : 88
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58322 Replies : 1101
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35868 Replies : 27

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.089328 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list