CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 24945|Reply: 7

Penganut agama lain wajar tunjuk sikap hormat Islam - Agong

[Copy link]
Post time 11-2-2026 12:20 PM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menegaskan semua pihak wajib mematuhi undang-undang yang termaktub, termasuk dalam perkara berkaitan penggunaan tanah serta pembinaan rumah ibadat.

Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah isu pembinaan kuil hendaklah ditangani mengikut peraturan dan saluran undang-undang yang sama seperti pembinaan masjid, gereja dan tokong.

Sultan Ibrahim mengimbas kembali pengalaman pada Januari 2018 apabila Seri Paduka Baginda bertindak sebagai pendamai dalam menyelesaikan isu perobohan sebuah kuil di Johor secara baik, berhemah dan berlandaskan undang-undang.

"Saya sendiri menyelesaikan masalah berkenaan secara baik serta menasihatkan semua pihak yang terbabit sentiasa mematuhi undang-undang bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini serta menjaga ketenteraman awam.

"Agama Islam menekankan prinsip saling hormat-menghormati antara sesama manusia, dan Islam tidak menghalang penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan serta ibadat masing-masing.

"enganut agama lain juga wajar menunjukkan sikap hormat terhadap Islam. Pendekatan saling menghormati ini penting bagi mengelakkan salah faham, ketegangan dan provokasi, sekali gus memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang agama dan budaya," titah Seri Paduka Baginda.

Sehubungan dengan itu, Sultan Ibrahim bertitah apabila timbul sebarang isu berkaitan pembinaan kuil atau rumah ibadat, semua pihak hendaklah memahami serta menghormati undang-undang negara, dan menyelesaikan perbezaan menerusi saluran yang sah demi mengekalkan keharmonian, toleransi dan semangat muhibah.

Seri Paduka Baginda turut bertitah menegaskan sebarang isu berkaitan agama tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak sehingga boleh menjejaskan keharmonian, perpaduan serta kestabilan negara yang berbilang kaum.

Menurut hantaran itu, Sultan Ibrahim bertitah Malaysia sebuah negara yang dibina atas asas keharmonian dan kekuatan negara terletak pada semangat saling menghormati, toleransi serta pematuhan kepada undang-undang.

Titah Seri Paduka Baginda, setiap rakyat bertanggungjawab memelihara nilai-nilai berkenaan demi kepentingan bersama.

Sultan Ibrahim turut bertitah mengingatkan semua pihak agar mengelakkan sebarang kenyataan atau tindakan yang boleh menimbulkan salah faham, perpecahan serta menggugat keamanan negara.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang di Istana Negara.

Sumber – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2026 02:10 PM | Show all posts
respect is earned.

ampun tuanku!
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
royal lodge 3946...hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai agong & sultan kena masuk campur.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Daulat Tuanku.
Patik menjujung kasih titah tegas tuanku dalam menangani masalah yang kian membarah ni.

Sekian lama rakyat Beragama Islam dan bumiputera marhaen memendam rasa dan menahan amarah terhadap perilaku biadap bangsa bukan bumiputera.

Semoga rakyata sedar negara Malaysia ini bertuan. Status warganegara bukan tiket untuk berlaku biadap dan membelakangkan perlembagaan dan sejarah.

Harap semua sultan dan raja melayu dapat beri titah yang lebih tegas untuk isu-isu semasa terutama melibatkan hal-hal perlembagaan, kedudukan agama Islam, kedudukan orang melayu&bumiputera, bahasa melayu, tanah rezab melayu/bumi lot.

Kebanyakan pemimpin melayu penakut utk bersuara. Mungkin takut hilang undi, imbuhan dan pencen. Setiap amanah dan tanggungjawab akan disoal di akhirat nnt.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg patut campurtangan sbg ketua agama islam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2026 05:35 PM | Show all posts
Harap Tuanku dapat panggil Malaysia Hindu Sangam dan loyar-loyar yang setara dengannya mari istana mengadap depan Tuanku.
Kompem, nada geng terpaling prihatin binaan haram tu akan konar 180 derjat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2026 03:30 PM | Show all posts
Daulat Tuanku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 04:32 PM GMT+8 , Processed in 1.354813 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list