CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 10459|Reply: 0

[Johor] Seorang lagi murid dijangkiti Tibi, kes ke tujuh dalam seminggu

[Copy link]
Post time 10-2-2026 09:25 AM | Show all posts |Read mode


Pontian: Satu lagi kes jangkitan Tuberkulosis (tibi) disahkan berlaku membabitkan seorang murid di daerah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pontian mengesahkan perkara itu dengan tindakan segera sudah diambil.

"PKD Pontian sudah mengenal pasti semua kontak rapat dan mereka diminta hadir ke Klinik Kesihatan (KK) Pontian untuk menjalani saringan kesihatan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Selain itu, sebagai langkah pencegahan awal, tindakan sanitasi serta pembersihan menyeluruh akan dilaksanakan oleh PKD Pontian di kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah serta komuniti setempat terus terpelihara," katanya tadi.
Pada masa sama, Aznan turut mengingatkan supaya semua sekolah sentiasa mematuhi arahan dan garis panduan KKM dari semasa ke semasa.

Minggu lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan berkata, satu kluster tibi direkodkan di Kota Tinggi dengan sebanyak 33 kes positif dikesan hasil saringan ke atas 804 kontak rapat bermula 25 Januari lalu hingga semalam.

Dzulkefly dilaporkan berkata, satu kematian dilaporkan dalam kluster berkenaan, namun mengesahkan bukan disebabkan oleh jangkitan tibi.

Aznan pula dalam satu kenyataan minggu lalu melaporkan enam murid di lima sekolah sekitar kluster tibi di Kota Tinggi disahkan menghidap tibi hasil saringan kontak rapat yang dilaksanakan KKM.

Namun menurut beliau, keadaan dilaporkan terkawal dengan semua murid itu kini menerima rawatan dan pemantauan rapi.

Sumber : harian metro










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.158766 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list