CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10199|Reply: 0

[Johor] Dakwaan kes buli, empat remaja direman

[Copy link]
Post time 10-2-2026 09:23 AM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru : Polis menahan empat remaja bagi membantu siasatan susulan dakwaan kejadian buli di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mereka yang berusia dalam lingkungan belasan tahun itu kini dalam tahanan reman empat hari bermula semalam sehingga Rabu ini.

Beliau berkata, kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

"Kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan reman terhadap empat orang suspek dibenarkan selama empat hari.

"Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Raub dalam satu kenyataan media meminta mangsa serta saksi yang mempunyai maklumat berhubung dakwaan kejadian buli di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee itu supaya tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular di media sosial video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan berlaku perbuatan buli di lokasi berkenaan, membabitkan beberapa anak muda yang disyaki berlaku jam 12.39 tengah malam.

Menerusi video CCTV berdurasi 23 saat itu kelihatan sekurang-kurangnya empat remaja lelaki melakukan kejadian itu ke atas mangsa yang disyaki juga remaja lelaki.

Kelihatan pantulan cahaya api dipercayai disembur ke arah mangsa yang terbaring dalam keadaan tangan terikat.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.275980 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list