CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9960|Reply: 0

[Johor] Selepas Kedah, Johor turut dilanda kemarau

[Copy link]
Post time 10-2-2026 09:20 AM | Show all posts |Read mode

OPERASI pembenihan awan. - Gambar hiasan. FOTO Arkib NSTP

Johor Bahru: Kerajaan Negeri Johor akan melaksanakan pembenihan awan di beberapa kawasan pada 11 Feb ini susulan gangguan bekalan air tidak terancang di daerah Kluang dan Pontian.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata pihaknya telah berhubung dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai perkara itu.

Beliau berkata usaha itu diharapkan dapat membantu meningkatkan paras air di empangan terlibat iaitu Empangan Machap dan Gunung Pulai yang mengalami trend penurunan ekoran kemarau.

Mohamad Fazli berkata kerajaan negeri juga akan meneliti langkah lain bagi menambah kapasiti air di Loji Rawatan Air (LRA) terlibat termasuk LRA Simpang Renggam dengan melakukan pengolahan bekalan air daripada LRA berlainan.

"Kita juga akan menyedut air Empangan Machap melalui kawasan tengah empangan terbabit dan dijangka dapat menambah lagi 20 juta liter padu air (MLD) di LRA Simpang Renggam.

"LRA Simpang Renggam berkapasiti 60 juta MLD dan setakat hari ini kita beroperasi dengan paras di bawah 30 peratus," katanya kepada pemberita pada program Johor Dialogue 2026 di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar usaha berkenaan dapat menampung paras takungan air di empangan terlibat, sekali gus mengatasi isu gangguan bekalan air menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina dan bulan Ramadan.

Mohamad Fazli pada masa sama menzahirkan penghargaan kepada negeri yang membantu dengan meminjamkan tangki bekalan air termasuk Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah dan Pulau Pinang, sepanjang gangguan bekalan air berlaku di Johor.

Pada 7 Februari lalu, Ranhill SAJ menerusi hantaran di Facebook memaklumkan gangguan bekalan air tidak terancang berlaku di daerah Kluang dan Pontian susulan paras air yang menurun di LRA Simpang Renggam akibat musim kemarau.

Bagaimanapun, operator perkhidmatan air Johor itu menjelaskan Bekalan Air Berjadual (BAB) dilaksanakan pada hari sama bermula 12 tengah malam sebagi langkah pengurusan sementara.

Bekalan air alternatif menerusi lori tangki dan tangki statik dibekalkan di kawasan yang ditetapkan mengikut keperluan dan kawasan strategik.

Sumber  : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.097020 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list