CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28013|Reply: 0

[Kedah] LIRP 2026: Romain jadi tumpuan kelas Wing Foil

[Copy link]
Post time 9-2-2026 08:55 PM | Show all posts |Read mode
LIRP 2026: Romain jadi tumpuan kelas Wing Foil

Oleh Hamzah Osman - Februari 9, 2026 @ 5:21pm







Pelayar Perancis, Ghio Romain. NSTP/HAMZAH OSMAN



LANGKAWI: Pelayar Perancis, Ghio Romain, 27, memasang impian mencipta kejayaan dalam kelas Wing Foil pada Regata Perdana Antarabangsa Langkawi (LIRP) 2026 bermula di sini, hari ini.

Romain menjadi antara calon tumpuan untuk muncul juara, khususnya dalam acara slalom yang menjadi kepakarannya.

"Saya datang ke sini untuk bersaing dengan pelayar Asia Tenggara dalam acara slalom iaitu meluncur laju sambil membelok zig-zag mengelilingi boya.

Harap dapat naik podium sebagai juara.

"Langkawi juga menjadi kejohanan pembuka tirai saya tahun ini selepas menjalani latihan intensif sejak hujung tahun lalu," katanya ketika ditemui sebelum turun ke laut bagi memulakan saingan hari pertama.

LIRP 2026 berlangsung di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Kelibang, bermula hari ini hingga Khamis.

Pelepasan peserta disempurnakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi, Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin bersama Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah) Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi, Zulkifli Abdullah.

Romain berkata, dia menjalani persiapan selama kira-kira sebulan pada musim sejuk di Perancis sebagai persediaan menghadapi LIRP 2026.

Antara pencabar utamanya ialah pelayar Thailand, Satchapong Vimonsatiankit, 37, yang konsisten berada dalam kelompok hadapan kejohanan Asia.

Tiga pelayar negara turut bersaing dalam kelas sama iaitu Muhammad Fauzi Kaman Shah, 24; Muhammad Hafizin Mansor, 20; dan Muhammad Izzuddin Abdul Rani, 25.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2026/02/1507390/lirp-2026-romain-jadi-tumpuan-kelas-wing-foil





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.229250 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list