CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22964|Reply: 1

[Perlis] Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa

[Copy link]
Post time 9-2-2026 12:20 AM | Show all posts |Read mode
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa

BERNAMA




Gelagat peserta pertandingan menggagau ikan ketika tinjauan pada hari terakhir Pesta Angin Timur (PAT) 2026 di Kangar Jaya hari ini. FOTO BERNAMA






















Kangar: Pertandingan menggagau belut dan ikan haruan dalam petak sawah berdekatan Dataran Kangar Jaya di sini, sempena Pesta Angin Timur (PAT) Perlis 2026 memberi peluang kepada generasi muda merasai sendiri aktiviti tradisional masyarakat desa yang semakin dilupakan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK) merangkap urus setia pertandingan Affendi Rajini Kanth berkata pertandingan menggagau belut berlangsung semalam manakala hari ini melibatkan ikan haruan, yang mendapat penyertaan ramai.

Beliau berkata peserta pertandingan dan pengunjung PAT Perlis 2026, terutama golongan muda masing-masing berpeluang merasai dan melihat sendiri suasana masyarakat kampung yang turun ke petak sawah untuk menggagau ikan dan belut menggunakan serkap atau tangan.

"Suasana itu kami cuba hidupkan semula dan Alhamdulillah sambutan memang meriah," katanya kepada Bernama selepas pertandingan menggagau ikan haruan yang berlangsung pada sebelah petang hari ini.

Edisi ke-14 PAT Perlis 2026 bermula pada 6 Feb anjuran bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui JKKN dan Kerajaan Negeri Perlis bagi mempromosikan keunikan budaya serta warisan negeri selaras usaha menyokong kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2026 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Affendi berkata penyertaan bagi pertandingan menggagau ikan haruan mencecah kira-kira 60 orang berbanding sekitar 50 peserta bagi acara mengagau belut semalam.

"Pemenang ditentukan berdasarkan berat tangkapan.

Pertandingan ini terbuka kepada semua peringkat umur tanpa kategori khas, selaras dengan matlamat penganjur untuk menghidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa," katanya.

Sementara itu, seorang peserta Ishak Mohd Saleh, 44, dari Kuala Perlis dekat sini berkata dia menyertai kedua-dua pertandingan menggagau belut dan ikan haruan bersama tiga anak lelakinya berusia antara 13 hingga 19 tahun.

"Seronok sebab dapat bawa anak-anak rasa pengalaman macam orang dulu-dulu.

Bukan selalu dapat masuk petak sawah macam ni, jadi ini memang kenangan manis untuk kami sekeluarga," katanya.

Bagi seorang pengunjung pesta Siti Nur Atiqah Nayan, 25, dari Jerlun, Kedah berkata suasana pertandingan itu turut menggamit nostalgia zaman kanak-kanaknya di kampung.

"Bila tengok orang ramai turun petak mengagau, rasa macam kembali ke zaman kecil dulu.

Aktiviti macam ini unik dan sesuai sangat dimasukkan dalam pesta kebudayaan," katanya.



Disiarkan pada: Februari 8, 2026 @ 11:32pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1320507/gagau-belut-ikan-haruan-hidupkan-semula-aktiviti-tradisional-masyarakat




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2026 12:22 AM | Show all posts





Gelagat peserta pertandingan menggagau ikan ketika tinjauan pada hari terakhir Pesta Angin Timur (PAT) 2026 di Kangar Jaya hari ini. FOTO BERNAMA
















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26424 Replies : 24
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14203 Replies : 288
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 48
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 12148 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.530594 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list