CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47677|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kenangan manis naik ETS, Duta Besar AS puji keindahan dan infrastruktur Malaysia

[Copy link]
Post time 8-2-2026 04:40 AM | Show all posts |Read mode
Kenangan manis naik ETS, Duta Besar AS puji keindahan dan infrastruktur Malaysia

MOHD ISKANDAR OTHMAN
07 Februari 2026 03:56pm





Kagan berkongsi pengalaman menaiki ETS dan memuji sistem pengangkutan serta keindahan Malaysia menjelang persaraannya.





BUTTERWORTH - Pengalaman menaiki perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) sambil menikmati keindahan landskap dan keramahan rakyat Malaysia meninggalkan kenangan mendalam kepada Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgar D Kagan sepanjang tempoh perkhidmatannya di negara ini.

Menurutnya, kunjungan ke Pulau Pinang buat kali terakhir sebagai duta besar amat menyentuh perasaan kerana negeri itu mencerminkan Malaysia dalam skala yang lebih kecil, namun penuh keistimewaan.


“Meninggalkan Pulau Pinang terasa seperti meninggalkan Malaysia dalam skala yang lebih kecil.

“Saya benar-benar sedih kerana ini adalah kali terakhir saya datang ke sini sebagai Duta AS dan saya tahu saya akan sangat merindui Malaysia apabila meninggalkan negara ini pada minggu hadapan,” katanya ketika ditemui pemberita di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Butterworth di sini pada Sabtu.


Kagan turut menyifatkan lawatannya ke Pulau Pinang sebagai satu kunjungan yang bermakna dan penuh emosi, apatah lagi apabila ramai pihak meluangkan masa untuk bertemu dan mengucapkan selamat tinggal secara peribadi.

Mengulas pengalamannya menaiki ETS, Kagan berkata, beliau memilih pengangkutan rel kerana minat peribadi terhadap perjalanan menggunakan kereta api selain faktor keselesaan dan kurang tekanan berbanding perjalanan udara.

Katanya, perjalanan menggunakan ETS memberi peluang untuk menikmati pemandangan luar bandar Malaysia yang indah sepanjang perjalanan.

Beliau turut memuji sistem pengangkutan awam Malaysia khususnya ETS yang disifatkannya cekap, boleh dipercayai dan sesuai untuk pelancong.

“Saya memang suka menaiki tren. Perkhidmatan tren di Malaysia sebenarnya sangat baik.

Ia tepat pada masanya, kelajuannya sesuai dan lebih mudah jika dibandingkan dengan semua proses di lapangan terbang.


“Sebab itu, saya rasa perjalanan dengan tren adalah pilihan yang bagus,” katanya.

Dalam pada itu, Kagan menyifatkan Malaysia sebagai destinasi wajib dikunjungi oleh pelancong Amerika Syarikat, apatah lagi menjelang kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Tambahnya, sudah pasti mana-mana pelancong Amerika yang datang ke Malaysia akan menyukainya.

“Berdasarkan pengalaman rakan dan keluarga saya yang pernah berkunjung, semuanya jatuh cinta dengan negara ini.

“Keunikan Malaysia terletak pada kepelbagaian budaya, kaum dan agama, selain kekayaan makanan serta landskap semula jadi yang menakjubkan.

“Malaysia menawarkan segalanya, pantai yang indah, gunung untuk didaki, hutan untuk diterokai, hidupan liar yang luar biasa dan keindahan alam semula jadi yang pelbagai,” kongsinya lagi.

Mengulas destinasi kegemarannya, Kagan berkata, beliau amat menyukai Pulau Pinang selain Kuala Lumpur yang dinamik, serta beberapa negeri lain seperti Kelantan, Perak (Ipoh), Kedah, Johor, Sabah dan Sarawak.

“Terlalu banyak tempat yang menakjubkan dan saya rasa saya baru meneroka sebahagian kecil sahaja.

“Jika saya mempunyai lebih banyak masa, saya pasti akan menemui lebih banyak tempat yang saya cintai,” katanya.

Kagan akan bersara sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia dan menamatkan tempoh perkhidmatannya pada 15 Februari depan.

https://www.sinarharian.com.my/article/767191/edisi/utara/kenangan-manis-naik-ets-duta-besar-as-puji-keindahan-dan-infrastruktur-malaysia


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.388825 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list