CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 30818|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Bomba NS terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026

[Copy link]
Post time 6-2-2026 06:29 PM | Show all posts |Read mode


Seremban: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan menerima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang bulan lalu, meningkat hampir tiga kali ganda berbanding 81 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengarah JBPM Negeri Sembilan Nor Arifin Kamari berkata daripada jumlah itu, kebakaran lalang merekodkan jumlah tertinggi dengan 121 kes, diikuti kebakaran ketika pembersihan halaman (56), sampah (33), kebun atau ladang (lima) dan hutan (empat).

"Peningkatan kes disebabkan beberapa faktor termasuk cuaca yang ekstrem dan tiupan angin kencang menyebabkan api merebak dengan pantas sehingga berpotensi menjadi kebakaran pada skala besar.

"Selain itu, faktor manusia seperti tindakan pembakaran secara sengaja turut menyumbang sebagai antara punca peningkatan kes kebakaran terbuka di negeri ini," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata terdapat beberapa kawasan dikenal pasti kerap berlaku kebakaran terbuka atau berpotensi menjadi hotspot, iaitu di Kuala Pilah, Port Dickson, Teluk Kemang dan Seremban 2.

Nor Arifin berkata sepanjang tahun lalu, JBPM Negeri Sembilan merekodkan sebanyak 610 kes membabitkan kebakaran lalang manakala kebakaran sampah (129), hutan (33) dan kebun atau ladang (25).

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka kerana ia bukan sahaja menjejaskan kualiti udara dan kesihatan awam, malah berisiko menyebabkan kebakaran merebak secara tidak terkawal.

"Jabatan sentiasa bersiap sedia dengan keanggotaan serta kelengkapan peralatan bagi menghadapi sebarang situasi kebakaran. Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan kebakaran terbuka dapat dibendung sekali gus tidak menjejaskan ekonomi serta ekosistem negara," katanya.

Beliau berkata orang ramai yang berdepan sebarang insiden kecemasan, boleh menghubungi talian kecemasan 999 atau balai bomba berhampiran untuk tindakan selanjutnya.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.048059 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list