CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14659|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tiga kali hantar imam Tarawih ke Jepun

[Copy link]
Post time 6-2-2026 07:45 AM | Show all posts |Read mode

ANTARA 11 pelajar USIM yang terpilih untuk menabur khidmat sebagai imam solat Tarawih sepanjang Ramadan di Jepun bermula 16 Februari ini.

Nilai: Program penghantaran pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai imam solat Tarawih ke Jepun sudah memasuki tahun ketiga penganjuran dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Jepun khususnya Japan Dakwah Centre (JDC) dan Osaka Islamic Centre (OIC).

Pengarah IQRA' Centre for Ummah USIM, Dr Norazman Alias berkata, program bermula selepas lawatan pertama Naib Canselor USIM, Prof Datuk Ts Dr Sharifudin Md Shaarani ke JDC tiga tahun lalu yang membuka ruang perbincangan serta kerjasama menghantar pelajar secara tahunan ke Jepun.

"Pada tahun pertama program disifatkan seperti 'bidan terjun' kerana persiapan dilakukan dalam tempoh singkat, namun USIM tetap menghantar dua pelajar sebagai kumpulan sulung.

"Alhamdulillah dengan maklum balas positif diterima, tahun kedua kita hantar lima pelajar dan tahun ketiga berdasarkan permintaan JDC serta OIC, kita cadangkan 12 orang," katanya.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 11 pelajar dari USIM manakala seorang lagi dari Brunei yang menyertai program melalui kuota khas hasil kerjasama pihak Kementerian Hal Ehwal Agama negara itu dengan IQRA' Centre for Ummah USIM terhadap model kerjasama USIM-Jepun.

Berkongsi berkenaan pemilihan pelajar, beliau berkata, saringan pemilihan dibuat secara temu duga dan tapisan ketat selepas menerima 30 permohonan dengan penilaian merangkumi bacaan al-Quran, kebolehan, pengetahuan, kesediaan serta aspek kewangan.

"Sebahagian masjid di sana memohon imam yang boleh khatam 30 juzuk sepanjang Tarawih. Jadi, kita letak syarat pelajar terpilih mestilah hafaz 30 juzuk, dan kebanyakan yang lepas saringan datang daripada Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah," katanya.

Mengulas skop tugas, beliau berkata, daripada 11 pelajar USIM, tiga akan menjalani latihan industri sepenuh masa pada waktu pejabat membantu kerja pentadbiran seperti surat-menyurat dan tugasan pejabat sebelum mengimamkan solat Tarawih pada waktu malam.

"Bagi yang tidak terbabit latihan industri, fokus mereka lebih kepada pengimarahan masjid seperti mengajar al-Quran, menganjurkan program dan aktiviti berkaitan al-Quran kepada komuniti di sana," katanya.

Norazman berkata, kumpulan pelajar itu dijadual berlepas 16 Februari ini dan berada di Jepun sehingga 25 Mac, menjadikan tempoh sekitar 35 hari, termasuk berpuasa dan menyambut Aidilfitri di sana sebelum pulang ke tanah air.

"Penempatan pelajar membabitkan lima masjid di Osaka dan kawasan berhampiran termasuk Kyoto dengan pelajar berpecah mengikut masjid dan ditempatkan secara berpasangan," katanya.

Bagi memastikan persiapan lebih tersusun, Norazman berkata, USIM menyusun program secara lebih sistematik pada tahun ketiga menerusi Kursus Persediaan Imam Solat Terawih selama tujuh hari dengan kerjasama Fakulti Pengajian Bahasa Utama dan Japan Language and Culture Centre (JLCC).

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.038877 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list