CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31334|Reply: 1

[Pulau Pinang] Ibu tunggal maut: Mangsa mungkin kenal penyerang

[Copy link]
Post time 5-2-2026 01:22 AM | Show all posts |Read mode
Ibu tunggal maut: Mangsa mungkin kenal penyerang

Audrey Dermawan[email protected]




Butterworth: Pakar patologi forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Zahari Noor, mengesahkan terdapat kesan luka kelar pada leher seorang wanita ditemukan maut selepas di rumahnya di Flat Sri Murni, Sungai Dua, di sini hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati terdapat satu kesan kelar pada leher mangsa yang dipercayai disebabkan oleh senjata tajam.

"Tiada kesan pergelutan ditemui, menunjukkan mangsa kemungkinan diserang oleh seseorang yang dikenalinya.

"Kami juga percaya mangsa diserang dari arah belakang.

"Namun, proses bedah siasat akan dijalankan malam ini bagi mengenal pasti punca sebenar kematian," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang wanita ditemukan meninggal dunia, dipercayai dibunuh di kediamannya di tingkat satu Flat Sri Murni, Sungai Dua, hari ini.

Mangsa berusia 41 tahun itu ditemui terbaring di atas katil di salah sebuah bilik tidur dengan kesan kelar pada leher.

Ketua Polis Negeri, Datuk Azizee Ismail, ketika dihubungi dilaporkan berkata pihak polis masih mengumpul maklumat berhubung kejadian.



Disiarkan pada: Februari 4, 2026 @ 11:29pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1319026/ibu-tunggal-maut-mangsa-mungkin-kenal-penyerang






IBU tunggal ditemukan meninggal dunia dipercayai dibunuh di Flat Sri Murni, Sungai Dua. FOTO NSTP/TVN






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2026 01:23 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.081830 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list