CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28515|Reply: 0

[Kedah] Lelaki Perancis, dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah

[Copy link]
Post time 3-2-2026 07:42 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki Perancis, dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah

03 Februari 2026 07:17pm





Mahkamah Tinggi Alor Setar melepaskan dan membebaskan seorang lelaki warga Perancis dan dua rakannya daripada tujuh pertuduhan berkaitan dadah.





ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa melepaskan dan membebaskan seorang lelaki warga Perancis serta dua rakannya daripada tujuh pertuduhan berkaitan dadah pada Ogos 2023.

Hakim Evawani Farisyta Mohammad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Tom Felix, 35, serta rakannya Muhammad Rusydan Danyal Hussain, 34, dan Nor Puteri Farrah Awang, 32, pada akhir kes pendakwaan.

Bagi tiga pertuduhan pertama, mereka didakwa secara bersama mengedar dadah jenis kanabis seberat 384.8 gram (g), 377.7 g dan 983.6 g di sebuah rumah di Jalan Batu Asah, Mukim Kuah, Langkawi pada 5.40 petang, 9 Ogos 2023.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Felix, Muhammad Rusydan Danyal dan Nor Puteri Farrah juga secara bersama dituduh memiliki dadah jenis kanabis seberat 68.2 g, 31.2 g, 5.7 g dan 9.6 g di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi tuduhan bersama memiliki dadah jenis kanabis seberat 68.2 g, 31.2 g dan 9.6 g, mereka didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala bagi kanabis seberat 5.7 g di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Evawani Farisyta dalam penghakimannya berkata, tidak dinafikan ketiga-tiga tertuduh telah ditahan di dalam rumah terbabit, namun pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa kesemua tertuduh mempunyai akses eksklusif kepada barang kes yang ditemukan di dalam rumah itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Khazrin Hafiz, manakala Felix diwakili peguam Collin Arvind Andrew, Muhammad Rusydan Danyal diwakili Devkumar dan Nor Puteri Farrah diwakili Datuk G Shanmugam. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/766648/berita/semasa/lelaki-perancis-dua-rakan-bebas-tuduhan-edar-miliki-dadah


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.163427 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list