CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 30977|Reply: 1

[Kedah] Polis kesan senjata diguna tikam ibu

[Copy link]
Post time 3-2-2026 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Polis kesan senjata diguna tikam ibu

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Februari 3, 2026 @ 3:24pm




ALOR SETAR: Polis dalam usaha mengesan senjata digunakan suspek untuk menikam ibunya, Zahrullail Basir, 52, di sebuah rumah di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali, berkata setakat ini usaha untuk mencari senjata yang digunakan dalam kejadian pembunuhan eksekutif operasi bank itu sedang giat dilakukan pihaknya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati hanya suspek melakukan perbuatan menikam ibunya semalam.

"Suspek mempunyai masalah panas baran dan siasatan awal kejadian ini dipercayai berpunca masalah kewangan.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dilakukan dan suspek sudah direman tujuh hari sehingga 9 Februari ini untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Media semalam melaporkan, seorang wanita ditemukan meninggal dunia dengan tiga kesan tikaman pada badan di rumahnya di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini semalam.

Suspek berusia 29 tahun itu akhirnya ditahan polis pada jam 8.34 malam tadi dalam sebuah bas persiaran ketika dalam perjalanan menuju ke Selangor.




Anggota polis membawa seorang lelaki (tengah) untuk direman atas tuduhan membunuh ibunya di Mahkamah Alor Setar. - Foto NSTP/Wan Nabil Nasir






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2026 04:34 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.095913 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list