CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29578|Reply: 0

[Perlis] 'Rakyat mahu kita bekerja, bukan bergaduh sesama sendiri' - Shahidan Kassim

[Copy link]
Post time 3-2-2026 11:01 AM | Show all posts |Read mode
'Rakyat mahu kita bekerja, bukan bergaduh sesama sendiri' - Shahidan Kassim

Aizat Sharif[email protected]





PENGERUSI PN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim. FOTO Aizat Sharif




Kangar: Semua pemimpin dan ahli parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) Perlis diingatkan supaya tidak terus kecam mengecam sesama sendiri di media sosial kerana tindakan itu hanya melemahkan parti serta memberi kesan negatif terhadap kepercayaan rakyat.

Perbalahan terbuka dalam kalangan rakan seperjuangan bukan sahaja mencemarkan imej parti, malah menjejaskan kekuatan jentera politik, khususnya ketika PN sedang membuat persiapan menghadapi pilihan raya.

Pengerusi PN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, budaya saling mengkritik antara pimpinan dalam PN Perlis di platform digital dilihat semakin berleluasa dan keadaan yang hanya menguntungkan pihak lawan.

"Bila kita serang sesama sendiri, musuh tidak perlu buat apa-apa dan keadaan ini langsung tidak memberi faedah kepada parti.

"Peranan media sosial yang besar dalam membentuk persepsi rakyat menuntut semua pemimpin bersikap lebih matang dan berdisiplin ketika menyampaikan pandangan atau kritikan.

"Pertelingkahan dalaman yang dipamerkan secara terbuka boleh menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat, sekali gus menyukarkan usaha mendapatkan sokongan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa PN Perlis di pejabatnya di Pengkalan Asam, di sini malam tadi.

Katanya, kekuatan parti bergantung kepada keyakinan rakyat dan sekiranya imej PN rosak akibat isu dalaman, ia akan memberi kesan besar kepada persiapan menghadapi pilihan raya.

"Kita hendak ingatkan bahawa tindakan tegas boleh diambil mengikut peruntukan perlembagaan parti sekiranya disiplin terus dilanggar.

"Keutamaan parti seharusnya tertumpu kepada isu rakyat termasuk kos sara hidup, jurang pendapatan dan peluang pekerjaan, bukannya perbalahan dalaman.

"Rakyat mahu melihat kita bekerja dan membela nasib mereka, bukan bergaduh sesama sendiri," katanya.

Beliau berkata, semangat perpaduan serta kerjasama dalam kalangan ahli perlu terus diperkukuh bagi memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat dapat dipelihara.

Walaupun tidak menyatakan mana-mana jua individu, umum mengetahui bahawa terdapat segelintir pimpinan PAS Perlis yang dilihat sering mengeluarkan hantaran di Facebook (FB) mengkritik pelbagai pihak dalam PAS dan Bersatu Perlis termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin serta Menteri Besar Abu Bakar Hamzah.

Ini adalah susulan kemelut politik yang melanda sehingga menyebabkan Menteri Besar Perlis terdahulu, Mohd Shukri Ramli meletakkan jawatan.

Malah dalam siri hantaran hentaman dan kritikan di FB itu juga, pemimpin PAS Perlis itu dilihat berterusan mencerca, menyindir serta memberikan naratif negatif terhadap tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PAS yang diberhentikan keahlian mereka pada 24 Disember lalu.



Disiarkan pada: Februari 3, 2026 @ 9:47am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1318406/rakyat-mahu-kita-bekerja-bukan-bergaduh-sesama-sendiri-shahidan-kassim




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.058210 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list