CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 22595|Reply: 0

[Lain-lain] Bayi dari Serian perlu dana RM200,000 untuk jalani pemindahan hati di China

[Copy link]
Post time 3-2-2026 10:02 AM | Show all posts |Read mode


Tampak ceria dan sihat, namun di sebalik senyuman kecil itu bayi Riaz sedang berjuang melawan Biliary Atresia. - Gambar ihsan Nur Shazana Zawani Taif

KUCHING: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah gambaran tepat buat sebuah keluarga kecil di Serian apabila diuji dengan penyakit jarang berlaku yang menimpa bayi mereka.

Berkongsi ujian berat itu, pasangan Nur Shazana Zawani Taif dan Riduan Kushari berkata bayi mereka Riaz Ruzayn yang baru berusia sembilan bulan kini berjuang melawan Biliary Atresia atau kegagalan fungsi hati.

Di mata kasar, Riaz kata ibunya, kelihatan seperti bayi lain, berisi, ceria dan tampak sihat, namun di sebalik senyuman kecil itu, tubuhnya menyimpan penderitaan yang berat apabila fungsi hatinya semakin merosot.

Menurut ibunya Nur Shazana, Riaz kini dipantau secara rapi oleh pasukan perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Umum Sarawak (HUS) melalui unit pembedahan pediatrik serta Hospital Serian menerusi rawatan susulan berkala.



Bayi Riaz dari Serian perlukan dana RM200,000 untuk pembedahan pemindahan hati di China. - Gambar ihsan Nur Shazana Zawani Taif

Bagaimanapun katanya, hasil pemeriksaan terkini mendapati satu-satunya jalan untuk menyelamatkan nyawa bayi mereka adalah melalui pembedahan pemindahan hati, satu prosedur kompleks yang memerlukan kepakaran tinggi serta kos yang sangat besar.

“Pembedahan tersebut dirancang untuk dijalankan di Hospital Renji di Shanghai di China, sebuah pusat perubatan yang berpengalaman dalam pemindahan hati kanak-kanak.

“Namun tarikh pembedahan hanya dapat ditetapkan selepas Riaz tiba di hospital berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Ketika ini, keluarga Riaz masih menunggu kelulusan etika daripada pihak berkuasa China, selepas mesyuarat etika dijalankan pada 21 Januari lalu.

Menurut Nur Shazana, proses kelulusan tersebut katanya dijangka mengambil masa antara satu setengah hingga dua bulan.

“Pembedahan ini adalah titik permulaan dan sinar baharu untuk Riaz. Harapan kami agar dia diberikan kesembuhan sepenuhnya, membesar dengan sihat dan dapat menjalani kehidupan yang normal seperti bayi lain,” katanya.



Nur Shazana (kanan) bersama suami Riduan (kiri) mohon sumbangan orang ramai bagi menjalani pembedahan pemindahan hati anak kedua mereka Riaz di China. - Gambar ihsan Nur Shazana Zawani Taif

Penyakit Biliary Atresia yang dihidapi Riaz menyebabkan saluran hempedu gagal berfungsi, sekali gus mengakibatkan pengumpulan toksin dalam badan.

Akibatnya, perut Riaz semakin membesar manakala mata, kulit dan badannya menunjukkan tanda kekuningan yang semakin ketara.

Pada usia 71 hari, Riaz telah menjalani pembedahan Kasai, iaitu prosedur awal yang biasanya memberi harapan kepada pesakit Biliary Atresia.

Namun pembedahan tersebut tidak berjaya memulihkan fungsi hatinya seperti yang diharapkan.

Kini, pembedahan pemindahan hati menjadi satu-satunya jalan untuk menyelamatkan Riaz, dengan ibunya sendiri dikenal pasti sebagai penderma paling sesuai, di mana sekurang-kurangnya  20 peratus daripada hati ibunya akan dipindahkan bagi menggantikan hati Riaz yang telah rosak.

Bagaimanapun, keseluruhan keseluruhan kos rawatan termasuk pembedahan, rawatan susulan serta perbelanjaan berkaitan dianggarkan mencecah RM200,000, satu jumlah yang amat besar untuk ditanggung oleh keluarga ini secara bersendirian.

Bagi meringankan beban kewangan tersebut, satu tabung kutipan dana telah dibuka oleh Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata Malaysia bermula 1 Februari lalu.

Sumbangan dan sokongan orang ramai amat diperlukan dengan harapan ia dapat menjadi penyambung nyawa buat bayi kecil ini yang sedang berjuang melawan Biliary Atresia.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun MAYBANK: 5515 7530 7417 (Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata Malaysia) dengan rujukan Bantuan Riaz BA.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi ibunya Nur Shazana (013-8830878),  bapanya Riduan (011-33531925) atau wakil Nadi Permata, Mars (013-7444501).




Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.065526 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list