CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38446|Reply: 7

[Tempatan] Wanita Indonesia, lelaki Bangladesh individu pertama kena dakwa di mahkamah kes buang sampah merata

[Copy link]
Post time 24-1-2026 06:02 AM | Show all posts |Read mode





Wanita Indonesia, lelaki Bangladesh individu pertama kena dakwa di mahkamah kes buang sampah merata




JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga Indonesia menjadi Orang Kena Saman (OKS) pertama di Malaysia didenda dan diperintahkan melakukan khidmat masyarakat oleh mahkamah, kerana kesalahan membuang sisa pepejal iaitu puntung rokok dan botol minuman di tempat awam dan bukan di dalam tong sampah yang disediakan.

Anita Lukman, 49, yang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini dijatuhkan hukuman denda RM500 dan diperintahkan untuk melakukan khidmat masyarakat selama enam jam dengan tempoh dua jam sehari dan perlu dilaksanakan tidak lebih daripada enam bulan.

Hakim Nor Aziati Jaafar memerintahkan OKS dipenjara 15 hari jika gagal membayar denda berkenaan serta denda antara RM2,000 hingga RM10,000 jika gagal melaksanakan perintah khidmat masyarakat itu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, OKS didakwa membuang sisa pepejal iaitu puntung rokok dan botol minuman di tempat awam dan bukan di dalam bekas yang diperuntukkan bagi maksud membuang sisa pepejal berkenaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut di sini, pada jam 12.41 tengah malam, 1 Januari lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 77A(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan sebagai tambahan boleh dikenakan suatu perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen 77B(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda sehingga RM2,000 dan sebagai tambahan suatu perintah khidmat masyarakat maksimum 12 jam, jika sabit kesalahan.

OKS yang tidak diwakili peguam memohon hukuman denda yang ringan kerana sebagai ibu tunggal, dia mempunyai tanggungan dua anak masing-masing berusia lapan dan 15 tahun.

"Saya mengaku memang saya salah dan tidak akan ulangi lagi perbuatan itu. Berilah saya hukuman (khidmat masyarakat), saya buat, tetapi denda saya mohon yang paling ringan kerana saya tidak mampu. Saya datang sini (Malaysia) hanya tolong-tolong kawan sahaja," katanya.

Pegawai Pendakwa dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Siti Adora Rahtimin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda yang setimpal sebagai satu bentuk pencegahan dan hukuman khidmat masyarakat sebagai satu bentuk pemulihan.

Dalam prosiding berasingan, seorang pekerja kilang warga Bangladesh, Sultan Md, 28, turut dihadapkan ke mahkamah atas perbuatan yang sama iaitu membuang puntung rokok pada jam 1.27 pagi, di lokasi dan hari yang sama.

Bagaimanapun, pertuduhan terhadapnya akan dibacakan semula pada 28 Januari ini, selepas OKS memohon khidmat jurubahasa Bangladesh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2026 06:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2026 09:37 AM | Show all posts
Tak mampu bayar denda.. datang malaysia mampu pulak..

datang malaysia ada wang. bayar denda tiada wang. . Ko  Bayar  je denda dan buat kerja khidmat sekali
Jgn nk merayu2 buat drama.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2026 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
bägus....dtg negara org , ikutlah common sense...tong sampah tu utk hiasan je ke
..
tak sabaq nak tunggu cuti panjang cny dan raya nanti...highway oantai timur kn selalu byk sampah dibuang sesuka hatī...ke akta ini valid kt negeri negeri yg kerajaan mdani perintah je...yg bwh pembangkang tak apply?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2026 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2026 06:13 PM | Show all posts
wirazam replied at 23-1-2026 05:44 PM
bägus....dtg negara org , ikutlah common sense...tong sampah tu utk hiasan je ke
..
tak sabaq nak t ...

Undang undang baru ini termasuk negeri pahang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2026 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
suh depa kawen pastu antar bangladesh sana...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2026 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
hukuman tak mengira darjat eaaa

even ko sultan sekali pun

ekekekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.051889 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list