CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 620|Reply: 5

Mengaku salah terlepas pandang bayar hutang sejak 2019, Mimi Lana langsai hutang mekap jurusolek sebanyak RM250

[Copy link]
Post time 13-1-2026 09:44 AM | Show all posts |Read mode





Pelakon popular Mimi Lana memohon maaf kepada jurusolek yang dikenali sebagi Aizat Badul Razak kerana terlepas pandang untuk membayar khidmatnya sejak 2019.

Menerusi hantaran dalam Threads, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Roziana Zainal Abidin, 31, membalas hantaran Aizat yang dipercayai ditujukan kepadanya.

Dalam hantaran tersebut, Aizat mendedahkan ada seorang selebriti yang masih berhutang sejumlah RM250 dengannya.

“Nampak komen seorang artis ni pada hantaran seseorang komen ‘boleh la mekap saya pula’. Dan dia hutang aku duit mekap. Dulu aku bagi harga RM250 untuk artis. Lepas tu sampai ke sudah buat lupa. Nak saja balas komen dia tu. Bayar hutang saya boleh tak? Dah banyak kali bagi peringatan,” tulisnya.

Hantaran tersebut mendapat perhatian Mimi dan dia membalas dengan komen memohon maaf.

“Salam Aizat. Saya nampak Threads awak dan saya tahu awak bercakap tentang saya sebab saya yang komen pada orang tu macam tu. Dan saya masih ingat awak mekap saya beberapa kali dulu.

“Maafkan saya, tadi saya periksa mesej awak. Ada satu mesej peringatan daripada awak untuk bayar dari 2019. Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab terlepas pandang tentang perkara ini.

“Tetapi terima kasih atas peringatan ini. Jika tidak, saya pun dah tak ingat,” tulisnya.

Tambah pelakon filem Pusaka itu lagi, setakat ini dia belum pernah tidak membayar mana-mana jurusolek dan memohon sekiranya ada bayaran yang belum selesai supaya menghubungi pembantu peribadinya.

“Kalau ada tolong hubungi pembantu peribadi saya. Kadang-kadang ada benda yang saya terlepas pandang. Selalunya urusan pembayaran ini dilakukan oleh pembantu peribadi atau pengurus.

“Walaupun jumlahnya kecil bagi kami tetapi besar untuk orang yang sudah bekerja. Tak sepatutnya perkara ini berlaku. Maaf sekali lagi dan tolong hubungi pembantu peribadi saya,” tulisnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2026 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah la orang datang bayar hutang sebab aku lupa dia tak bayar lagi. Biasalah kadang mmg terlepas pandang
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 12:08 PM | Show all posts
pastu aizat tu dpt dah blm? biasa mmg gitulahj
yg berhutang lupa yg beri hutang ingat
tp ok lah mimi direct je ha.. dah berdamai ok lah tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 12:37 PM | Show all posts
nasib baik peminjam yg bayar, kalo waris peminjam yg bayar, itu tanda nya tak bayar hutang smpai mati tau...

jd moralnya cepat2 la bayar hutang sebelum ajal ya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2026 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin murah sgt kut sampai dia x igt huhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 12:04 PM | Show all posts
murah2 ni dia terlupa la tu atleast dia mengaku dan bayar balik
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.109048 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list