CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1549|Reply: 10

Wanita Mengaku Tidak Bersalah Hina Islam, Agresif Terhadap Polis

[Copy link]
Post time 7-1-2026 09:23 AM | Show all posts |Read mode





ALOR SETAR, 4 Jan (Bernama) -- Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan iaitu mengeluarkan perkataan yang melukakan perasaan penganut agama Islam, menggunakan kekerasan jenayah dan menunjukkan jari tengah kepada seorang anggota polis.

Teoh Siew Li, 35, membuat pengakuan itu selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah.

Bagi pertuduhan pertama, Teoh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan meludah ke arah seorang anggota polis dengan niat menghalangnya menjalankan tugas di Jalan Perusahaan 2, Taman Bandar Baru Mergong pada 12 tengah hari, 31 Dis lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Teoh didakwa mengeluarkan perkataan mengaibkan dan menunjukkan jari tengah kepada anggota polis sama pada tempat, masa dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang jika didapati bersalah, boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Wanita itu turut didakwa sengaja melukakan perasaan penganut Islam dengan mengeluarkan perkataan menghina agama Islam, di lokasi serta masa sama dan kes didakwa mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Jan ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan negeri Datuk Khairul Anuar Abdul Halim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2026 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakit jiwa ke si nyonya ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeeehaaaa
Padan muka Ko

Muga strong kes Dan masuk penjara
Jgn tetiba claim Ada lad oku pulak ye

Puas hati lately ni ramai dah sepet2 racist digari
Dulu2 chuols rasis dibekap Dan dipejamkan Mata je
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 01:36 PM | Show all posts
setuju...walau nanti guna alasan mental...tp boleh lak jd pengarah syarikat...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 02:20 PM | Show all posts
babi gemuk
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 03:20 PM | Show all posts
video semua ada tapi tak mengaku salah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2026 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
venom1 replied at 8-1-2026 03:20 PM
video semua ada tapi tak mengaku salah?

Macam penafian pulak tentang salah dia buat. Seolah2 macam dendam sangat dgn melayu islam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pakai coli ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2026 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka nyonya gundu kepam.


Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 08:38 PM | Show all posts
Gundu2 kepam suka buat hal kan.. baik mana2 kaum semua hampir sama shj
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
What exactly did she say yang dikatakan menghina tu? Mungkin kat situ boleh spin for defense
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.080187 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list