CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1956|Reply: 19

Chacha Maembong miliki kriteria wanita idaman saya – Andy Teh

[Copy link]
Post time 7-1-2026 09:18 AM | Show all posts |Read mode





Ditebak intim dengan pelakon Chacha Maembong, aktor Andy Teh, 40, mengakui mereka berkawan baik sekali gus masih dalam fasa mengenali hati budi.

Andy, 41, berkata, masing-masing kini fokus terhadap kerjaya seni namun tidak menolak andai ditakdirkan berjodoh suatu hari nanti.

“Buat waktu ini kami hanya berkawan, kiranya dalam fasa berkenalan tetapi jika takdir menentukan hubungan kami ke fasa serius, kita tak boleh tolak.

“Cuma sekarang saya tak berani cakap lebih kerana kami tak pernah ‘declare’ pun apa-apa kerana setuju untuk jaga kerjaya masing-masing.

“Belum masa untuk kongsi apa-apa lagi. Itu saja yang saya boleh jawab setakat ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Black Ops di sini, hari ini.

Mengakui sudah lama mengenali adik kepada pelakon Emma Maembong ketika terbabit dalam satu acara, Andy selesa berkawan dengan Chacha yang dikatakan memiliki personaliti istimewa.

“Memang dia mempunyai kriteria wanita idaman saya. Tapi sekarang kami berkawan saja.

“Dia juga seorang yang baik. Bukan apa, takut benda yang tak pasti nanti boleh menjadi fitnah. Itu kita kena elakkan,” ujarnya

Pada masa sama, ditanya kesediaan memeluk Islam, lelaki Tionghua itu menyatakan masih terlalu awal untuk mengulas hal terbabit.

“Itu antara soalan yang berlegar dalam fikiran sebab ibu bapa saya penganut Buddha yang kuat.

    “Bapa juga sebenarnya pernah tanya andai saya bercinta dengan wanita Melayu adakah saya akan masuk Islam.

“Bagi saya kita kenalah ikut undang-undang (peraturan agama). Bagi saya tiada masalah kalau jodoh saya wanita Muslim.

“Kalau benda nak jadi, akan jadi. Dalam dua tiga tahun ni memang saya fokus pada kerjaya. Cinta akan datang sendiri, jadi saya ikut saja ketentuan,” katanya.

Terdahulu, timbul desas-desus Andy bercinta dengan Chacha atau nama lengkapnya Siti Aishah Ismail, 29.

Sementara itu, menerusi naskhah aksi arahan Syafiq Yusof dan sutradara Hong Kong, Chi Yiu Chui, Andy memegang karakter sebagai pegawai polis.

Filem yang bakal menjalani penggambaran selama tiga bulan itu turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Sharnaaz Ahmad, Hisham Hamid dan Elizabeth Tan.

Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2026 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Chacha ni lawa sebenarnya..cuma nmpk mcm bingit..heheh

Apek ni mesti fikir masak2..kalau masuk islam dh takleh makan piggy minum arak bagai..tgk famili dia cemana pula kan .certain  famili chinese yg dh mmg biasa kawin campur tu ok la
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul tu.. Cantik dia ni kat mata ai...
Tapi cantik yg kena tengok byk kali baru terserlah ..
Bkn jenis yg sekali tengok ko nak toleh byk kali..
Kecantikan yg terbit dr hati gituew.. Done puji hehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 11:15 AM | Show all posts
lelaki ni kalau tak silap pernah cakap bagi kaum Cina anak lelaki sulung susah untuk convert kepada agama lain
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
izzah_mia replied at 7-1-2026 11:15 AM
lelaki ni kalau tak silap pernah cakap bagi kaum Cina anak lelaki sulung susah untuk convert kepada  ...

Dianya anak sulung ke chuols?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
caca n timoh je lawa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2026 11:40 AM | Show all posts
pocongkiutss replied at 7-1-2026 11:17 AM
Dianya anak sulung ke chuols?

baru google..anak sulung daripada 3 beradik
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia x Cuba gugel cadar hotel tunggang langgang ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2026 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
One kepala iols : sanggup tukar agama demi isteri idaman. Ada dlm podcast mana dia cerita yg pak dia mula tanya, mak dia yg habiskan soalan pasal gf melayu. Andy ckp mak dia risau, bila andy tukar agama, siapa nak buat yg mcm sembahan utk org mati tu bila mak dia and pak dia mati? iols pun fikir, biarlah kalau andy nak tukar agama demi isteri, dan pilih islam, biarlah org islam yg andy pilih tu, tak sia2kan andy. Andy smpi sanggup tinggalkan agama dia tau, nak ikut bini punya pasal.

Other kepala iols : andy, kau pun umur dah 40. Bukan budak kecik lagi. Mak pak kau pun ada lagi. Kau pun boleh fikir apa yg kepala aku lagi satu ckp, pilih org islam yg tak sia2kan kau. But the heart want what it wants, and ini pilihan kau, lantak kau ler. Sendiri pikir mak pak kau ckp apa, pilihan agama kau, calon pilihan kau.

iols tak cakap pape ye pasal cha2. Satu mesia ni boleh nampak cha2 ni mcm mana. Kalau korg nampak cha2 baik, maka baiklah dia. Kalau nampak lain, lainlah nampaknya. Ngerti yaa semuaaa
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab tukar agama ni memerlukan tekad. Gaya hidup & cara dibesarkan pon main peranan. Kawan aku cina yg jenis x makan babi & minum, cakap cina pon x boleh - lepas SPM terus masuk islam. Mak ayah support je walaupon sedih sikit sebab dia anak lelaki tunggal. Alhamdulillah, elok nampaknya anak beranak.
Ex-bf aku yg non muslim. Family jenis ikut la agama apa kau suka gitu. beria sekejap je belajar agama islam tapi x tahan godaan nak mabuk2 clubbing. Nasib baik aku chow awal.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 02:38 PM | Show all posts
Dulu bf chacha pun chinese jugak..bertebaran gambar berpelukans dlm forum nih..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 02:57 PM | Show all posts
kaklehot replied at 7-1-2026 02:38 PM
Dulu bf chacha pun chinese jugak..bertebaran gambar berpelukans dlm forum nih..

suke cheese kot...eh


Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 11:31 PM | Show all posts
sheols ni memang taste cina rasanya…. ex dulu pun cina gak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Oi oi oi oi Chacha aku punya dammit!
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendawg replied at 8-1-2026 12:27 PM
Oi oi oi oi Chacha aku punya dammit!

Yelah2..semua chuols punya
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 7-1-2026 09:42 AM
Chacha ni lawa sebenarnya..cuma nmpk mcm bingit..heheh

Apek ni mesti fikir masak2..kalau masuk isla ...

Betul dia manis berbanding kakak dia. Cuma bingit tu lah kadang bunyi angsa nyaring
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2026 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 7-1-2026 09:42 AM
Chacha ni lawa sebenarnya..cuma nmpk mcm bingit..heheh

Apek ni mesti fikir masak2..kalau masuk isla ...

tapi meols rasa logik je kalu heols settle down & pilih jadi mualaf sebab dah 40. Kalau 30 mungkin la pikir banyak kali gak nak tinggalkan benda lagha cam arak tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
izzah_mia replied at 7-1-2026 11:15 AM
lelaki ni kalau tak silap pernah cakap bagi kaum Cina anak lelaki sulung susah untuk convert kepada  ...

Kalau masih ada anak lelaki lain kedua or ketiga boleh jer sambung legasi keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 8-1-2026 04:57 PM
tapi meols rasa logik je kalu heols settle down & pilih jadi mualaf sebab dah 40. Kalau 30 mungkin ...

Ish 40 still muda noks..nk makan piggy lg..nyum2 60 tu bole la kut settle down xnak mkn benda lagha
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
chacha ni cantik tapi jangan bukak mulut jela sbb nampak bodoh sangat. kalau tak caye, sila tengok podcast dia dgn ame
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.121856 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list