|
View: 638|Reply: 7
|
Kamal Adli teruskan hidup walaupun 'sunyi' - "Saya tiada azam baharu"
[Copy link]
|
|
|
Kedatangan tahun 2026 membawa pelbagai impak tersendiri kepada kita. Ada yang seronok meraikan dan ada juga sebaliknya.
Tergantung kepada apa yang dirasai serta dilalui pada tahun lalu membuatkan ada segelintir daripada kita yang tiada azam baharu berikutan perkara yang belum selesai.
Bagi Kamal Adli, 39, tiada juga azam baharu baginya pada tahun ini berikutan tidak mampu berpura-pura bahagia kerana bersendirian tanpa isteri dan anak.
"Saya tiada azam baharu. Ramai juga yang tanya, bagaimana sambutan tahun baharu saya dan di mana? Nak tengok bunga api pun tidak sampai hati.
"Beritahu saya, macam mana nak sambut, nak gembira dan senyum-senyum depan orang? Jadi, sambutan tahun baharu ini adalah yang paling tak best (seronok).
"Allah sahaja yang tahu dan saya bersyukur kerana bernasib baik ada shooting, kalau tidak? Alhamdulillah, saya sibuk (bekerja) dan ini semua rezeki," katanya ringkas.
Di sebalik kesibukan itu, apa yang pasti Kamal turut didapati sering meluang masa untuk mengemaskini akaun media sosialnya dengan memuatnaik pelbagai hantaran.Lebih kepada meluahkan perasaan sendiri, kerinduan terhadap anak, Hawra Uqaira, 19 bulan serta sibuk bekerja membuatkan kebanyakan pengguna media sosial memahami.
Banyak mendapatkan kata-kata semangat daripada wargamaya dan rakan selebriti, apa yang diharapkan semoga Kamal tabah dan sabar dengan ujian dihadapinya.
Mengenai rezeki, Kamal kini semakin laris dengan bermacam-macam peluang kerja yang datang termasuk ketengahkan bakat sebagai peniaga produk atas talian.
"Alhamdulillah, saya tetap terus bekerja tanpa henti sebab dalam saya melalui tempoh sukar, Allah masih bagi juga sedikit rezeki untuk buat saya senyum.
"Saya tetap perlu teruskan kehidupan walaupun harus seorang diri di rumah. Tapi, syukurlah sehingga kini saya masih sibuk dengan shooting," ujarnya.
Sejak 22 Oktober tahun lalu, Kamal berhadapan kes perceraian dengan isterinya, Uqasha Senrose, 33, yang masih berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Ketika prosiding sebutan pertama kes perceraian itu, Kamal tidak hadir dan pada 19 November tahun lalu untuk sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) pula menemui kegagalan.
Permohonan cerai difailkan Uqasha pada 1 Oktober tahun lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam dengan alasan tiada persefahaman.
Terdahulu, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Kamal bagaimanapun ketika ditemui media di perkarangan mahkamah syariah memberitahu akan cuba mempertahankan rumah tangganya dengan cara yang betul.
"Ini sajalah ruang yang saya ada iaitu di mahkamah. Untuk berdepan dengan dia (Uqasha) secara bersemuka memang tak ada ruang kerana ada halangan.
"Jadi, bagi saya sudah guna cara yang betul (mahkamah). Saya tak nak pergi ke tepi, belakang, bawah atau buat kenyataan bodoh. Itu tidak bagus," jelasnya.
Hasil perkongsian hidup bersama selama empat tahun, pasangan sesama pelakon ini sudah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang lahir pada 27 April 2024.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sian pula.
Lama2 mesti dia jatuhkan talak juga.
Dah org tak sudi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai org yg meninggal tiba2..cth eksiden, mati masa tidur..x kan x de azam baru..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Azam gunakan sara februari 2026. Tak tau nak beli apa? Beli susu anak je lah kamal.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Sbg seorg bapa yg mithali (eceh) meolls dapat merasakan kekosongan hidup heolls tanpa anak dan isteri di sisi. Lupakanlah si ungka tu Kamal, carik yg lain dan sekufu.
Meolls doakan agar Kamal jumpa jodoh yg sekufu dan tak merentan kat medsos. Bak kata pepatah, kalau dah jodoh tak kemana, org yg bodoh jangan dihina... ahgitteww... ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
KamikuP replied at 6-1-2026 02:50 PM
Sbg seorg bapa yg mithali (eceh) meolls dapat merasakan kekosongan hidup heolls tanpa anak dan ister ...
Amein Amein Amein Ya Rabbal Alamein
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|