CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 508|Reply: 3

Erra Fazira buat kejutan istimewa hari lahir suami di Tanah Suci

[Copy link]
Post time 5-1-2026 03:48 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, mencuri perhatian ramai apabila meraikan ulang tahun kelahiran suaminya, Ezwan Zain, ketika berada di Tanah Suci, Makkah.

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 51, menghadiahkan kejutan manis dengan membawa sebiji kek bertulis "Sanah Helwah Ezwan Zain" sambil menyanyikan lagu selamat hari lahir buat suami tersayang.

Rakaman itu turut memaparkan aksi manja pelakon filem Sembilu itu menyuapkan kek ke mulut Ezwan.

"Selamat ulang tahun suamiku. Kami berjaya dapatkan kek tanpa lilin. Panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan menjadi suami yang baik," katanya dalam video berdurasi kurang 30 saat itu.

Menerusi kapsyen yang mengiringi hantaran itu, Erra meluahkan rasa syukur kerana hari penuh makna itu dapat diraikan di tempat paling mulia bagi umat Islam.

"Alhamdulillah dapat meraikan hari kelahiranmu di Tanah Suci. Kedamaian di setiap penjuru menjadikan momen ini lebih sempurna. Semoga awak sentiasa menjadi yang terindah hingga ke nafas terakhir. Selamat ulang tahun suamiku," ungkapnya.

Sementara itu, menerusi entri di Instagram Story (IGs), Ezwan yang juga seorang usahawan menyifatkan kejutan berkenaan sebagai hadiah ulang tahun paling bermakna dalam hidupnya.

"Terima kasih isteri tersayang kerana memberikan hadiah paling bermakna. Menyambut ulang tahun di Tanah Suci dan berpeluang mengerjakan umrah bersama.

"Syukur dan terima kasih semua atas ucapan dan doa daripada semua. Semoga kita sentiasa dilimpahi kebahagiaan dunia dan akhirat," luahnya.

Erra dan Ezwan selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah premis acara di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, pada 12 Disember lalu.

Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2026 03:51 PM | Show all posts
sejuk mata memandang. moga kekal berkasih syg dan sentiasa dlm rahmat Allah SWT lovely couple.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 03:51 PM | Show all posts
serta terhindar dari penyakit ain.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 06:32 PM | Show all posts
Macam terlalu banyak liputan pasal pasangan ini. Aku harap tak lama lagi surutlah ya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.443355 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list