CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1832|Reply: 12

Anak Selangor Bakal Terima RM1,500 Bila Usia Cecah 18 Tahun

[Copy link]
Post time 5-1-2026 03:05 PM | Show all posts |Read mode





Seramai 21,289 anak Selangor yang menyertai Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) bakal menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,500 sebaik sahaja mencapai usia 18 tahun, dengan penyaluran dijadualkan bermula Mac 2026.

Ini merupakan kali pertama manfaat Tawas disalurkan sejak skim tersebut diperkenalkan pada tahun 2008, sekali gus menandakan satu pencapaian penting selepas hampir 17 tahun pelaksanaannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas), Gan Pei Nei berkata kumpulan berkenaan adalah kumpulan pertama ahli Tawas yang layak menuntut simpanan mereka selepas mencapai usia dewasa.

Menurut beliau, penyaluran akan dibuat secara berperingkat dalam empat fasa bermula Mac tahun depan, mengikut bulan kelahiran penerima bagi memastikan proses pengagihan berjalan lancar dan teratur.






“Kita akan mula penyaluran pada bulan Mac 2026 dan dibuat mengikut bulan kelahiran penerima. Setiap penerima akan menerima RM1,500 sama ada melalui pemindahan terus ke akaun bank (EFT) atau dikreditkan ke e-dompet yang didaftarkan,” katanya kepada Media Selangor.

Beliau berkata berdasarkan rekod terkini Yawas, seramai 21,289 ahli Tawas dikenal pasti layak untuk membuat tuntutan manfaat tersebut dan menasihatkan penerima supaya memastikan maklumat peribadi serta butiran akaun dikemas kini bagi mengelakkan sebarang masalah semasa penyaluran dibuat.

Mulai tahun hadapan, setiap anak Selangor yang berusia 18 tahun akan menerima bantuan kewangan RM1,500 menerusi Program Tawas. Bantuan ini diberikan sebagai sokongan awal kepada golongan belia, khususnya bagi membantu mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau membuat persediaan memasuki alam dewasa.

Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor turut menyediakan satu lagi inisiatif pendidikan iaitu Hadiah Pengajian IPT, di mana setiap anak Selangor yang menerima tawaran masuk ke universiti akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM1,000. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan pelajar dan keluarga pada peringkat awal pengajian di institusi pengajian tinggi.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pelaksanaan Tawas membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkasa generasi muda serta memastikan setiap anak Selangor mendapat permulaan kehidupan yang lebih stabil.

Menurut beliau, Tawas yang diperkenalkan sejak 2008 kini mula menunjukkan hasil apabila anak-anak yang pernah menerima manfaat Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) ketika memasuki Tahun Satu, sekali lagi menerima sokongan kewangan apabila mencapai usia 18 tahun.

Katanya, pendekatan jangka panjang ini menunjukkan bantuan kerajaan negeri bukan bersifat sementara, sebaliknya dirancang untuk menyokong anak Selangor dari peringkat awal pendidikan sehingga melangkah ke alam dewasa.

Untuk rekod, Tawas merupakan skim tabungan khas untuk anak kelahiran Selangor yang diwujudkan dengan matlamat memastikan setiap anak negeri ini mempunyai simpanan asas apabila mencapai usia dewasa.

Sumber: Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2026 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Warga selayang jangan cuai..mohon cepat...IC tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh lg ke register tawas ni walau anak dah msk 15 & 11 thn?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik la
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2026 09:36 AM | Show all posts
Skuau replied at 5-1-2026 04:09 PM
Warga selayang jangan cuai..mohon cepat...IC tu

mohon apa kenamanya chuols tgk syarat dia. dah tu yg blh daftar time tu pun umur 1-3 tahun. too gud to be true. tak penah diwar2kan pun tah sapa je lah yg tau...geng2 dia je la kot






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2026 09:37 AM | Show all posts
nurkasih74 replied at 5-1-2026 07:22 PM
Boleh lg ke register tawas ni walau anak dah msk 15 & 11 thn?

dah tutup pun chuolss
baby je boleh register. masa bukak dlu pun takde yg tau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2026 11:06 AM | Show all posts
IzzahF replied at 6-1-2026 09:36 AM
mohon apa kenamanya chuols tgk syarat dia. dah tu yg blh daftar time tu pun umur 1-3 tahun. t ...

iouls dulu masa anak kedua..masa nak register JPN..pegawai JPN bg tahu...tp masa tu dia ckp yang lahir tahun tersebut je...
kakaknya bawah setahun x dapattt...huhuhu...so anak no 2 tahun 2014 jah yg ada kad TAWAS ni...

masa adiknya few years after also x de....iouls pun lupa nak tnya....
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2026 01:45 PM | Show all posts
Masuk belajar institusi pendidikan selepas Tkt 5 tak dpt pun RM1 ribu walaupun anak tu lahir dlm Selangor...hmm x kan dah habis kos...
Kata semua anak2 Selangor boleh dpt utk sekali masuk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2026 01:57 PM | Show all posts
seri_mawr replied at 6-1-2026 11:06 AM
iouls dulu masa anak kedua..masa nak register JPN..pegawai JPN bg tahu...tp masa tu dia ckp yang l ...

padahal dia kata bawah 3yo kan...tula bukan sng sebenarnya dia nk bg
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2026 02:48 PM | Show all posts
awaassssssssssssss scammer
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2026 03:38 PM | Show all posts
IzzahF replied at 6-1-2026 05:57 AM
padahal dia kata bawah 3yo kan...tula bukan sng sebenarnya dia nk bg

Bantuan negeri Selangor banyak, tapi apply tak pernah nak dapat pun.. Susah betul nak dpt, bila i check syarat cukup dah semua..  Penat je upload dokumen itu ini semua dorang mintak
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2026 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Negeri utara dah lama buat benda ni[em:3:][em:3:] cukup umur 18 dappat tawaran masuk.ipta atau ipts boleh mohon duit ke kerajaan negeri[em:4:]
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2026 03:20 PM | Show all posts
dewi_rina replied at 6-1-2026 03:38 PM
Bantuan negeri Selangor banyak, tapi apply tak pernah nak dapat pun.. Susah betul nak dpt, bila i  ...

nk apply tu pun dah susah...takde la nak bantu sgt pun, yg dpt tu cuba bg tgk list btl2 ke yg sepatutnay dia bantu atau sekadar geng2 dia jugak dpt..takde warwarkan ke apa pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.144390 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list