CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2034|Reply: 17

Wanita hilang selepas lawat suami di hospital Shah Alam ditemui selamat

[Copy link]
Post time 5-1-2026 12:31 PM | Show all posts |Read mode





Shah Alam: Wanita tempatan yang dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam, kelmarin ditemui selamat.

Difahamkan, Nurul Nazla Abdul Halim, 41, kembali ke hospital berkenaan, berjumpa dengan suaminya kira-kira 6.30 petang tadi.

Menurut adiknya Nurul Nadia, berita penemuan kakaknya itu dimaklumkan kepada ahli keluarga oleh abang iparnya.

"Alhamdulillah, kakak saya sudah ditemui dalam keadaan selamat dan dia datang ke wad hospital petang tadi.

"Kami sekeluarga setakat ini tidak mengetahui dia pergi ke mana dan memberi ruang kepadanya," katanya, turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan keselamatan kakaknya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol mengesahkan wanita berkenaan dalam keadaan selamat.

Terdahulu media melaporkan, polis sedang mengesan wanita tempatan yang dilaporkan hilang selepas gagal dihubungi selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam, kelmarin.

Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2026 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Jumpa skendel?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdullillah
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 12:51 PM | Show all posts
stress ah tu
teringat kisah aishah amin lpas bawak suami pergi appointment dia menghilang, dah burnt out teruk
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 01:02 PM | Show all posts

Setakat jumpa skendel boleh lagi reply message.

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 01:08 PM | Show all posts
bila hilang, viral sana sini gelabah jd hal negara, mohon bantuan semua rakyat mengesan dan mendoakan
bila jumpa dan2 jadi hal peribadi keluarga, mohon org luar jangan masuk campur

gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2026 01:22 PM | Show all posts
Ish… ish…
Tak baik taw tuduh dia jumpa scandal…..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Cyempaka replied at 5-1-2026 01:08 PM
bila hilang, viral sana sini gelabah jd hal negara, mohon bantuan semua rakyat mengesan dan mendoaka ...

Iols baru nk komen gini
Sbb smlm nampak ahli keluarga ada komen kat tt bagitau dah jumpa bila ramai tanya update eh dan2 ckp pihak keluarga masih terkejut dan nak fokus dulu ngn si suami yg kat wad tu
Jadi takleh nak bgtau ceritaa bagai
Ermmmm menda ni bukan sekali dua tapi dah berkali2 berlaku
Masa anak cikgu iols hilang time buang sampah depan umah gitu gak
Bila dah jumpa post asal masa mencari pun delete
Dan terus senyap takda update apa2 dah
Cerita bagaikan tergantung dan kita takleh persoalkan apa2 kena hormat privasi orang katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2026 03:59 PM | Show all posts
Ni kes laki bini la ni. Ada gaduh masa jumpa kat ward ataupon dah letih dok ulang alik jaga laki kat hospital. Lain kali kalau tanak orang speku apa2, kau reply je la mesej family cakap keluar jalan2 kejap. Kau pon dah dewasa. Aku pon penah je gaduh laki bini sampai laki aku kaur umah sehari tak balik. Aku straight forward je kata gaduh, nanti ok la tu. Idokkk lerrr aku report polis. Dah tua, pandai2 la.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 5-1-2026 05:02 AM
Setakat jumpa skendel boleh lagi reply message.

Tapi kalau kena bunuh takda harapan reply unless skendel psiko macam dalam drama pi reply mesej menyamar jadi mangsa. Sekarang ni zaman skendel tanpa batasan. Ghisau kena bunuh macam kes cikgu yang hilang tahun lepas, ujung2 rupanya dah dibunuh (kes yang kna scammed bf/ex bf then kena potong2 sebelum kena dumped dalam tong ke longkang belakang rumah orang tu).
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 05:42 PM | Show all posts
dua_chzy: Jumpa skendel?


mungkin gi kedai eco 2.60 tu call msg xjawab
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Burnout kut.. moga bertabah sis
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 5-1-2026 12:39 PM
Jumpa skendel?

adoii ticer...masih teringat lagi kisah nurse shandong dulu hahahh..
byk jugalah thread bermangga dulu...masing2 dok kejar point utk naik level utk dpt access hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Cyempaka replied at 5-1-2026 01:08 PM
bila hilang, viral sana sini gelabah jd hal negara, mohon bantuan semua rakyat mengesan dan mendoaka ...


kannnn geram jeee....da dah ganggu emosi satu malaysian tuh...
jgn sampai satu tahap, org malaysian dah x kuasa nak ambik tahu sudah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin dia lepak kat kantin atau food court kat luar minom² sendirian.
Kantin atau food court pulak hingar-bingar macam pasar... bunyi phone dalam tas tangan memang takkan dengar punya.

Takpun dia pegi IKEA. Sini pun bising gak.
Done bekap.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 11:27 PM | Show all posts
Suchi replied at 5-1-2026 06:07 AM
Iols baru nk komen gini
Sbb smlm nampak ahli keluarga ada komen kat tt bagitau dah jumpa bila rama ...

masa kahwin sembang gebang gajah terbang
suami sakit terus garu kepala.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2026 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Cyempaka replied at 5-1-2026 01:08 PM
bila hilang, viral sana sini gelabah jd hal negara, mohon bantuan semua rakyat mengesan dan mendoaka ...

Hahahahah tambah g
Beri ruang dan jangan buat spekulasi
Babi lah hai
Lenkali cari sendiri la babi
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2026 09:53 AM | Show all posts
dia jaga suami sakit ke? biasa org yg jaga org sakit ni lagi sakit dari org yg sakit tu...ada byk kes anak2/pasangan yg jaga parents atau pasangan yg sakit, dorang meninggal dulu. dalam circle ai baru ni je ada isteri meninggal sbb jaga laki dia bed ridden dah bertahun. laki tu elok panjang umur nya.

sedara ai sndiri jaga wife kanser, dapat slip disc sbb kena uruskan wife, sakit 3 serangkai sbb tak cukup tido, makan tak terjaga last2 sakit jantung. semoga org2 yg jaga org sakit ni diberi kesabaran yg tggi dan balasan yg baik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.048575 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list