CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1585|Reply: 9

Niat nak beli buku, tak sangka terserempak dengan Sultan Perak

[Copy link]
Post time 5-1-2026 10:19 AM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Kunjungan santai seorang wanita ke kedai buku popular di ibu negara bertukar detik manis apabila terserempak dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Menerusi hantaran tular di akaun Thread @SuzilahZainuddin, wanita itu berkata, pada mulanya dia langsung tidak menyedari kehadiran baginda sebelum suaminya menegur tentang perkara itu.

Menurutnya, dia dan rakan pada awalnya berdebar untuk menyapa kerana kurang arif mengenai protokol untuk meminta perkenan baginda bagi merakam gambar.

Bagaimanapun, selepas beberapa kali lalu-lalang di lokasi, wanita itu akhirnya memberanikan diri bertanya kepada pegawai pengiring sama ada dibenarkan untuk bergambar.

“Aku pun tanya dekat pengawal peribadi, ‘Boleh ambilkan gambar tak?’ Dia cakap boleh. Lepas itu aku pun sapa Sultan Perak ‘Ampun tuanku, nak ambil (rakam) gambar boleh tak?’

“Tuanku jawab boleh. Dari mana? Aku jawab Kuala Selangor. Baginda tanya lagi cuti ke? Aku jawab ‘ya’,” tulisnya.

Wanita itu berkata, pengawal peribadi membantu merakam beberapa keping gambar bersama baginda sebelum mereka mengucapkan terima kasih.

Wanita itu mengakui pengalaman tersebut membuatkan dia gembira bukan sahaja kerana dapat bergambar dengan Sultan Perak, malah memecahkan ketakutannya untuk menegur individu berprofil tinggi.

Sementara itu, ruangan komen turut dibanjiri reaksi orang ramai yang berkongsi pengalaman sama, malah ada yang menyifatkan kedai buku popular itu sebagai lokasi baginda sejak sekian lama.

Seorang pengguna, Hashim turut berkongsi gambar dirinya bersama Sultan Nazrin yang merupakan rakaman pada tahun 2014 di lokasi yang sama, sambil menyifatkan baginda sebagai pencinta ilmu.

“2014, lokasi yang sama.. Tuanku memang pencinta buku dan ilmu,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, Aishah, pula berkata baginda memang dikenali gemar membaca berjam-jam di situ dan keadaan itu tidak berubah sejak 10 hingga 15 tahun lalu.

“Raja Nazrin mmg suka duduk dekat situ, baca buku berjam-jam.. keadaan masih belum berubah.. bangga jap jadi anak Perak,” katanya.

Ummie turut berkongsi pernah dua kali terserempak dengan baginda di kedai buku berkenaan, namun tidak pernah berpeluang bergambar.

“Pernah dua kali terserempak dengan Sultan Nazrin dekat kedai buku ni.. tapi tak pernah tangkap gambar lah,” tulisnya.

Sumber :– KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2026 12:42 PM | Show all posts
Kinokuniya KLCC kan? Pernah sekali terserempak anak beranak baginda book hunting kat sana, sekali lagi terserempak kat dalam train menghala KLCC juga... macam family biasa je naik train, tapi masa tu tak perasan ada bodyguard ke takde...sebab macam santai sangat.. tapi nampak la outstanding daripada marhaen biasa sebab wajah masing2 sangat 'mahal' memang takleh blend in nampak macam orang biasa, tetap outstanding nampak kelass...esp Sultanah, nampak terletak betul posture & expression dia on point.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih segak...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 12:57 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 5-1-2026 12:42 PM
Kinokuniya KLCC kan? Pernah sekali terserempak anak beranak baginda book hunting kat sana, sekali la ...

Sultanah perak aura regal dia kuat lain macam ya, lagi kuat dari yang born princess. Mungkin sebab pandai memprivatekan diri dan tak kesah nak glamour


Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 12:59 PM | Show all posts
Tak bagus sebenarnya ajak bergambar ni. It's their private time to taste life. Stare pun kalau boleh jangan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 01:01 PM | Show all posts
imthegirl replied at 4-1-2026 06:57 PM
Sultanah perak aura regal dia kuat lain macam ya, lagi kuat dari yang born princess. Mungkin sebab ...

Ye, macam exclusive betul, muka jangan cakap lah memang lawa sebab mixed blood kan, tapi pembawakan dia tu cantik betul, graceful, elegant, pakai baju biasa pun lawa betul!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2026 01:27 PM | Show all posts
Amat berbeza ye dengan sorang lagi tu... nun kat selatan sana.
Masuk mall semorang kena halau ke tepi takleh rapat.

Sebab tu ramai netijen menyukai dan selesa dengan Nazrin.
Aku yang bukan native Perak pun selesa tengok perwatakan beliau. Macam orang atas cakap, aura beliau terpancar secara alami.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 01:56 PM | Show all posts
Sedangkn ank raja Zimbabwee mengepak cite psl aku la paling best, aku ada no tipon messi, beckham kol aku ajk main snooker
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2026 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
I pon pernah jumpa Sultan Nazrin & arwah Sultan Abd Halim kat kinokuniya. Random gila tapi tak ambik gmbr la sbb aku tgk diorg pun dh tercengang, bodyguard tunggu jauh2, tak berani la nk ambik gmbr pon haha. Sultan Nazrin plg kerap org jumpa kn , katanya ada sebijik rumah kat pj tu khas utk buku2 sultan nazrin xtau betul ke idok.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2026 04:26 PM | Show all posts
jakunnya. pnh tjmpa jg kat kinokuniya dulu, n semua org hormat his privacy. kinokuniya mmg tmpt fav dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.496700 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list