CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 624|Reply: 8

‘Ya, kami masih suami isteri, cuma tidak suka hebohkan’ - Kaka Azraff

[Copy link]
Post time 30-12-2025 11:41 AM | Show all posts |Read mode





Hampir setahun mengunci mulut, penyanyi Kaka Azraff akhirnya membuat pendedahan telah kembali rujuk dan kini masih bergelar isteri kepada suaminya, Adam Azriff.

Menurut Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 36, sebelum ini dia enggan berkongsi berita gembira kerana bimbang kisah keluarga menjadi perhatian umum.

“Ya, kami masih suami isteri, doakan yang baik-baik untuk kami. Sekarang, kami bersama sebagai sebuah keluarga.

“Cuma saya memang tidak suka hendak hebohkan tentang perkara ini kerana saya sendiri tidak tahu perjalanan. masa depan. Tidak boleh terlalu yakin,” katanya meleraikan tanda tanya ramai tentang status perkahwinannya.

Sungguhpun begitu penyanyi lagu Gila itu, enggan berkongsi butiran terperinci tarikh mereka kembali rujuk kerana menyifatkan perkara tersebut terlalu peribadi.

Tambah Kaka keutamaannya kini adalah kebahagiaan anak-anak dan dia sanggup mengetepikan perasaan sendiri demi memastikan mereka membesar dalam sebuah keluarga yang sempurna.

“Keutamaan hidup saya buat masa ini adalah anak-anak kerana itu amanah yang diberikan oleh Allah. Kebahagiaan anak-anak lebih penting daripada kebahagiaan saya sendiri.

“Sebagai orang dewasa yang matang saya boleh cari kebahagiaan di tempat lain. Sebaliknya, anak-anak hanya ada keluarga,” luahnya ketika ditemui pada majlis Exclusive Showcase X Listening Party yang diadakan di Bijou Cafe, Petaling Jaya di sini semalam.

Sementara itu, Kaka turut mengakui dia kini lebih berhati-hati berkongsi perkara peribadi di media sosial kerana bimbang akan penyakit ain.

“Dulu mungkin saya terlalu naif dan tak percaya penyakit ain, tetapi apabila melaluinya sendiri saya rasa memang kena jaga (perkongsian hal peribadi).

“Bukan tidak mahu kongsi perkara baik, cuma selepas apa yang saya lalui dan kehidupan kacau-bilau, rasanya cukuplah, tidak perlu terlebih kongsi,” ujarnya.

Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aslan, 6, Aryan, 4, serta Atta Adam yang kini berusia setahun. Pasangan itu dilaporkan sah bercerai talak satu dan pengesahan tersebut dibuat secara ekspres di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Oktober tahun lalu. Namun, sejak awal tahun 2025 timbul desas-desus yang mereka telah kembali bersama.

Dalam perkembangan lain, Kaka kini muncul dengan sebuah album baharu, Kaka Azraff akhirnya mengakhiri penantian peminat dengan membawa buah tangan berbentuk album sulungnya MPT, yang diambil dari perkataan empati. Album berkenaan menampilkan enam buah lagu iaitu Berubah, Cabar, Arguments , Bully, Takleh Usik dan Aku yang masing-masing membawa naratif tersendiri.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2025 05:39 PM | Show all posts
why why ramai bercerai ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau terlepas skali lg cerai..maunya jd talak tiga kan
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
pelik, sebab haritu sheols sendiri pernah sahkan dah rujuk. Ni kenapa macam lain pulak bunyinya
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia cerai 2x dah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Cara ckp tu mcm terpaksa bersama demi ank2 je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2025 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
awenda507 replied at 30-12-2025 11:26 PM
Dia cerai 2x dah ke?

Rasanyalah kan. Cuba korek2 balik benang lama
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2025 05:01 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 31-12-2025 12:06 AM
Cara ckp tu mcm terpaksa bersama demi ank2 je

Tula.. tang yg dia ckp org dewasa blh cari bahagia kat tempat lain tu.. hmm.. mcm terpaksa sgt utk bersama demi anak2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2025 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 31-12-2025 05:01 AM
Tula.. tang yg dia ckp org dewasa blh cari bahagia kat tempat lain tu.. hmm.. mcm terpaksa sgt utk ...

Ya, exactly!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.593882 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list