CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 250|Reply: 4

Isteri bekas Presiden Korea Selatan, Kim Keon-hee didakwa terima suapan lebih AS$200,000

[Copy link]
Post time 29-12-2025 03:31 PM | Show all posts |Read mode





SEOUL: Bekas Wanita Pertama Korea Selatan, Kim Keon-hee, didakwa atas pertuduhan menerima suapan mewah berjumlah lebih AS$200,000 (RM808,486), termasuk karya seni, barang kemas dan beg tangan.

Beliau juga didakwa campur tangan dalam urusan negara serta pilihan raya Parlimen.

Kim, isteri bekas Presiden Yoon Suk-yeol yang digulingkan, ditahan Ogos lalu dan kini disiasat atas dakwaan manipulasi saham serta menerima hadiah daripada Gereja Penyatuan.

Dalam pengumuman penutup siasatan, pendakwa raya Min Joong-ki berkata institusi Korea Selatan terjejas teruk akibat penyalahgunaan kuasa oleh Kim, manakala pendakwa raya, Kim Hyung-geun mendakwa beliau secara haram campur tangan dalam urusan negara di belakang tabir tanpa pengetahuan awam.

Pendakwa raya turut mendakwa jumlah keseluruhan suapan daripada perniagaan dan ahli politik yang diterima Kim mencecah AS$263,000 (RM1.06 juta).

Siasatan mendapati beliau menerima dua beg Chanel dan rantai Graff daripada pemimpin Gereja Penyatuan, selain barang kemas mewah, lukisan oleh pelukis minimalis terkenal Lee Ufan, beg tangan Dior dan jam tangan mewah.

Bagaimanapun, bekas Presiden Suk-yeol menafikan mengetahui transaksi berkenaan apabila disoal penyiasat, walaupun kenyataan itu disifatkan ramai pihak sebagai sukar dipercayai.

Pada awal Disember, pendakwa raya menuntut hukuman penjara 15 tahun serta denda AS$1.4 juta (RM5.66 juta), mendakwa Kim bersekongkol dengan Gereja Penyatuan dan melanggar prinsip pemisahan agama dan negara.

Perbicaraan terakhir Kim berlangsung setahun selepas Suk-yeol mengisytiharkan undang-undang tentera dalam cubaan singkat menggantung pemerintahan awam, sekali gus mencetuskan krisis politik. – AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2025 03:43 PM | Show all posts
lepas ni boleh terbit drama Korea adaptasi dari skandal ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2025 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa la pegi buat kerja bodoh macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 05:27 AM | Show all posts
bagus. heret dia ke mahkahmah
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2025 08:06 AM | Show all posts
venom1 replied at 29-12-2025 03:43 PM
lepas ni boleh terbit drama Korea adaptasi dari skandal ni

kita tungguuuuuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 10:18 PM GMT+8 , Processed in 1.649070 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list