|
View: 434|Reply: 4
|
‘Berlaku sebab tak cukup rehat, keputusan darah saya okey’ - Remy Ishak diserang sakit dada seperti terkena renjatan elektrik
[Copy link]
|
|
|
“ALHAMDULILLAH okey, saya sihat walafiat.”
Demikian respons pelakon Datuk Remy Ishak selepas diserang sakit dada seperti terkena renjatan elektrik sehingga perlu mendapatkan rawatan semalam.
Remy atau nama penuhnya Mohammad Zalimei Ishak, 43, berkata, hasil pemeriksaan menyeluruh semalam, kesihatan badannya berada dalam keadaan baik dan semua itu berlaku disebabkan tidak mendapat rehat secukupnya.
“Perkara semalam itu berlaku bila tak cukup rehat saja.
“Tapi semuanya okey termasuk keputusan darah dan sinar-X (X-ray), syukur,” katanya kepada HibGlam hari ini.
Ditanya sama ada doktor meminta perkara lain selain rehat, bintang filem Sangkar itu memberitahu, rutin pemakanannya bukan penyebab kepada berlakunya perkara tersebut.
“Tiada perkara lain yang doktor nasihatkan. Diet pemakanan saya ‘clean’ dan semua teratur, alhamdulillah,” ujarnya.
Semalam, Remy berkongsi pengalaman apabila dadanya seperti terkena renjatan elektrik sebanyak tiga kali.
Insiden tersebut berlaku ketika dia melakukan rutin senaman sebelum memilih untuk melakukan pemeriksaan doktor di sebuah pusat perubatan.
Sumber:– HIBGLAM |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
So, klu bukan sakit jantung, rasa seperti electric shock tu apa Puncanya? Aku sampai sudah carik jawapan tak dapat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Perawankota: So, klu bukan sakit jantung, rasa seperti electric shock tu apa Puncanya? Aku sampai sudah carik jawapan tak dapat
kalau bukan sebab iritasi saraf maybe muscle spasm sebab badan terlalu penat otot boleh kecut dan rasa macam renjatan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|