|
|
Kuala Lumpur: Jasad dua beranak yang ditemukan meninggal dunia dalam kebakaran di Flat Sentul Utama, Jalan Dato Senu di Sentul, di sini, hari ini, dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, setakat ini, butiran mangsa masih belum diperoleh dan ketika kejadian, hanya mereka berdua ada di lokasi.
" olis menerima maklumat berkaitan kejadian, 7.13 pagi, hasil maklumat awam.
"Bantuan ambulans dari HKL ke lokasi dan pengesahan kematian dibuat oleh pegawai perubatan dari hospital berkenaan," katanya.
Menurutnya, bomba memaklumkan, rumah itu musnah kira-kira 40 peratus dan punca kebakaran masih disiasat.
Terdahulu, dua beranak ditemukan meninggal dunia dalam tandas kediaman mereka pada kebakaran terbabit.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan, mangsa wanita berusia 82 tahun manakala anak lelakinya berumur 58 tahun.
Sumber: Kosmo |
|