|
View: 160|Reply: 1
|
Prestasi Pelaburan Malaysia Lonjak 13.2%, Atasi Rekod Pra-Covid - PMX
[Copy link]
|
|
|
Prestasi pelaburan Malaysia bagi tempoh Januari hingga September 2025 mencatatkan perkembangan memberangsangkan apabila melonjak 13.2 peratus. Ini sekali gus melepasi semua rekod pencapaian pra-Covid bagi tahun 2006 hingga 2020.
Secara keseluruhan, Malaysia berjaya menarik pelaburan berjumlah RM285.2 bilion dalam tempoh tersebut, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kata beliau, prestasi ini membuktikan keupayaan Kerajaan MADANI dalam menarik pelaburan yang memberi kesan langsung kepada rakyat dan ekonomi negara.
Beliau menegaskan bahawa setiap pelaburan yang diluluskan bukan sekadar mencatat angka yang besar semata-mata.
Sebaliknya, ia turut menyumbang kepada penciptaan lebih banyak peluang pekerjaan, pemindahan teknologi dan peningkatan daya saing industri.
Pada masa sama, pelaburan ini juga mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan di rantau ini.
" elaburan yang dibawa masuk Kerajaan MADANI bukan sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi diterjemahkan kepada manfaat nyata buat rakyat.
"Ia mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti, meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan hidup, serta membina kuasa ekonomi baharu yang lebih berdaya saing dan inklusif.
"Inilah komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan setiap pelaburan memberi pulangan kepada rakyat, hari ini dan masa depan negara," katanya.
Sumber: - Siakap Keli |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Prestasi ke potensi? [em:24:] |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|