CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 261|Reply: 1

Mahkamah arah akhbar berbahasa Cina Sin Chew bayar RM45,000 kepada bekas menteri

[Copy link]
Post time 24-12-2025 04:38 PM | Show all posts |Read mode





SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi memerintahkan sebuah akhbar berbahasa Cina membayar RM45,000 kepada bekas menteri Khairuddin Aman Razali berhubung saman fitnah yang difailkan lima tahun lalu.

Saman itu berkaitan laporan Sin Chew Daily yang disiarkan pada 1 Sept 2020, yang mendakwa Khairuddin telah ke luar negara ketika negara berada di bawah PKP semasa pandemik Covid-19.

Khairuddin berada dalam barisan Kabinet ketika itu dengan memegang portfolio perusahaan perladangan dan komoditi.

Pesuruhjaya Kehakiman Asmah Musa membenarkan rayuan Khairuddin dan menganugerahkan RM35,000 sebagai ganti rugi am serta RM10,000 sebagai ganti rugi teruk.

Mahkamah turut mengarahkan Sin Chew membayar kos RM5,000, berserta faedah lima peratus setahun bermula tarikh penghakiman sehingga bayaran penuh dibuat.

Dalam penghakimannya, Asmah berkata kewartawanan dilindungi oleh prinsip ‘keistimewaan bersyara’, namun ia datang bersama tanggungjawab untuk mengesahkan fakta, mengekalkan laporan yang seimbang serta menggunakan gambar dengan berhati-hati.

Beliau menegaskan penyebaran pantas maklumat dalam talian dan risiko salah tafsir imej menjadikan ketelitian media semakin penting.

Menurut Asmah, tindakan Sin Chew Media Corp sebagai penerbit Sin Chew Daily tidak memenuhi standard organisasi media profesional kerana gagal menyemak kesahihan fakta sebelum menerbitkan laporan.

“Undang-undang melindungi kebebasan bersuara, tetapi bukan sehingga mengorbankan ketepatan fakta dan keadilan,” katanya dalam penghakiman setebal 12 halaman.

Laporan tersebut disiarkan di platform dalam talian Sin Chew dan menggunakan gambar peribadi Khairuddin semasa lawatan ke Belanda pada 2016, namun dikaitkan dengan dakwaan perjalanan ke Turki pada 2020.

Gambar sama turut dimuat naik ke Facebook Sin Chew dan dikongsi secara meluas.

Khairuddin berhujah bahawa laporan itu tidak benar, bersifat memfitnah, cuai serta sensasi.

Beliau turut mendakwa pihak penerbit tidak mengambil langkah untuk mengesahkan tarikh atau asal gambar, selain gagal menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan sebelum laporan diterbitkan.



Sumber: - FMT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2025 03:17 PM | Show all posts
Patut mintak RM10 juta biar melingkup kampeni soratkhabar tsbt.. phuikk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.091832 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list