CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 333|Reply: 2

Siti Nurhaliza sebak, luangkan masa ziarah peminat sakit - "Mohon semua doakan Fadzil Sitizoner"

[Copy link]
Post time 24-12-2025 03:31 PM | Show all posts |Read mode





Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 47, meluangkan masa menziarah seorang peminat setia dikenali Fadzil Sitizoner yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital.

Berita sedih yang menimpa Fadzil itu dikongsi pemilik akaun, Rara Nurhaliza di TikTok miliknya yang memaparkan foto Siti bersama pengurus peribadi, Rozi Abdul Razak menziarah lelaki itu.

Menerusi kapsyen ditulis, Rara memohon kepada sesiapa sahaja yang mengenali Fadzil agar bersama-sama mendoakan kesembuhan kesihatannya kerana masih dalam pemantauan doktor.

"Mohon semua doakan Fadzil Sitizoner. Buat masa sekarang, Fadzil berada di ICU dan memerlukan pemantauan rapi oleh pihak hospital.

"Kita Sitizoner sebagai keluarga sangat mengharapkan doa daripada semua agar Fadzil diberikan kekuatan, kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan rawatan.

"Terima kasih atas doa dan sokongan semua. Sayang Sitizoners semua," tulisnya.

Bagaimanapun, tidak dimaklumkan secara lanjut Fadzil dirawat di ICU itu kerana sakit dihidapinya.

Namun, difahamkan Fadzil adalah salah seorang tulang belakang kelab peminat Sitizoners yang peramah, mesra dan rajin membantu dalam penganjuran majlis amal diadakan kelab berkenaan.

Kehadiran Siti yang menziarah Fadzil di hospital disifatkan ahli kelab peminatnya sebagai tanda prihatin daripada penyanyi kesayangan mereka yang menghargai sokongan peminat terhadap kariernya.

Hubungan erat Siti bersama kelab peminatnya secara tidak langsung jelas menunjukkan betapa kerjaya seni penyanyi tersohor ini mampu bertahan dan relevan hingga sekarang kerana keupayaan menyantuni peminat dengan baik.

Sumber: BH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2025 04:34 PM | Show all posts
Fadzoners ni lama betul ye, sejak iols study lagi dekat 20 tahun dia ada je dekat mana2 event tokti.... memang macam nasi impit lah...tapi sajakkk lah nampak dia die hard fan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 07:48 PM | Show all posts
oh fadzoners... agak familiar nama ni dalam content2 tokti dari dulu kala... semoga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.782725 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list