CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 214|Reply: 2

Nilai pasaran tujuh pemain warisan Malaysia jatuh ke sifar selepas digantung FIFA

[Copy link]
Post time 23-12-2025 03:50 PM | Show all posts |Read mode




Kuala Lumpur: Daripada pernah mencecah jutaan ringgit, nilai pasaran tujuh pemain warisan negara kini jatuh mendadak apabila kesemua mereka kini dicatatkan pada angka sifar.

Perkembangan terbaharu itu boleh dilihat menerusi laman sesawang transfermarkt.com yang mengemaskini nilai pasaran pemain berkenaan selepas mereka digantung 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Pemain sayap, Imanol Machuca mencatat penurunan paling drastik, selepas sebelum ini bernilai RM11.9 juta.

Nilai pasaran pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Joao Figueirido pula merosot sebanyak RM9.58 juta, diikuti pertahanan tengah Facundo Garces yang sebelum ini bernilai RM4.79 juta.

Jon Irazabal mengalami penurunan RM2.87 juta, Rodrigo Holgado RM2.16 juta, dan Hector Hevel RM1.91 juta.

Gabriel Palmero, yang sebelum ini bernilai RM239,000, kini turut berada pada angka sifar, sekali gus menandakan kejatuhan mendadak semua tujuh pemain.

Ketujuh-tujuh pemain terbabit sebelum ini dikenakan denda RM10,560 dan digantung 12 bulan oleh FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

Bukan sahaja pemain, malah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut dikenakan denda RM1.8 juta.

Langkah ini diambil sebagai pengajaran terhadap isu serius yang menimpa badan induk itu dan pemain-pemain terbabit.

FAM seterusnya membawa kes ini ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sebagai langkah terakhir bagi melengkapkan proses perundangan, sambil menunggu keputusan yang dijangka memberi kesan besar kepada masa depan bola sepak negara.

Hukuman tambahan daripada FIFA turut menyaksikan keputusan tiga perlawanan persahabatan Harimau Malaya dibatalkan, di mana skuad kebangsaan dianggap tewas 0-3 menentang Cape Verde, Singapura dan Palestin selepas menurunkan pemain yang tidak layak.

Kesannya, ranking Malaysia merosot lima anak tangga kepada kedudukan ke-121 dunia selepas sebelum ini berada di ranking ke-116 dengan rekod tanpa kalah sepanjang tahun 2025.

Situasi ini menimbulkan cabaran besar kepada FAM dan pasukan kebangsaan, yang kini perlu merangka strategi baharu bagi menghadapi kejohanan antarabangsa akan datang.

Sumber : HARIAN METRO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2025 04:27 PM | Show all posts

Ini namanya  SAMPAH akan tetap menjadi SAMPAH  selamanya ...


[youtube]nYPBbJcVCJI[/youtube]



Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 04:44 PM | Show all posts
Moga Menteri Belia dan Sukan yg konononnya ada title Doktor tu dapat menaganai masalah sampah FAM ni sbb dia pun sampah... diam tak berkutik bila org persoal title Dr dia tu.. ekekekek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 02:33 AM GMT+8 , Processed in 2.407892 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list