|
View: 1149|Reply: 26
|
Wanita didakwa 'menetap' di KLIA sejak setahun lalu, guna air wifi percuma
[Copy link]
|
|
|
Sepang: Seorang wanita didakwa menetap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, sejak setahun lalu.
Berdasarkan rakaman video tular di media sosial, wanita yang dikatakan tinggal di kawasan terminal lapangan terbang berkenaan dilihat ditenangkan beberapa individu selepas memarahi kanak-kanak yang didakwa bermain dan membuat bising di kawasan berkenaan.
Difahamkan, wanita terbabit menjadikan kawasan terminal sebagai tempat tinggalnya termasuk untuk tidur dan mandi serta turut bergantung sepenuhnya dengan kemudahan awam disediakan di KLIA termasuk bekalan air dan WiFi.
Rakaman video turut memaparkan beberapa barangan peribadi dipercayai milik wanita berkenaan berada di kawasan itu.
Video itu meraih perhatian dan mencetuskan pelbagai reaksi warganet yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berhubung perkara itu kerana KLIA bukan tempat tinggal sebaliknya hanya transit untuk pengguna perkhidmatan udara.
Warganet turut menyuarakan pendapat, situasi itu juga akan mencemarkan imej KLIA dan negara jika tindakan tidak diambil.
Sementara itu, KLIA memaklumkan pihak berkuasa sudah mengambil maklum dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu.
"Kami memohon kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang berjalan," tulisnya di ruangan komen di Facebook.
Dalam pada itu, Harian Metro juga dalam usaha mendapatkan kenyataan dan maklum balas daripada pihak berkaitan berhubung isu itu.
Sumber : HARIAN METRO |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ah soh tu pemegang kad sakit mental |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramainya staff keselamatan + security + cleaners sorangpun tak aware ke? Teruknya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tgk cctv tu,kan byk cctv area situ. By the way org msia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hart_attack replied at 23-12-2025 06:02 PM
Tgk cctv tu,kan byk cctv area situ. By the way org msia ke?
Haah orang tempatan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 23-12-2025 06:44 PM
Ada kad kira boleh mengurus diri pi tandas tidur pakai henpon makan, klia tempat selamat |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
terminal versi ahso malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada pulak duit untuk beli makanan. Ke dia malu nak balik rumah sebab dah btau orang kampung yang dia dah migrate keluar negara. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ada dua negara tak boleh di buat jiran :
a) North Korea
b) China.
North Korea 25% dari populasi dia militari people.
China anggaran 600 ribu reserved personal.
bulan 8 lepas ada dua warga china kena tangkap sebab terbang dron kat MinDEF.
dan dalam bulan yang sama ada 2 warga china pecah rumah kat Perlis
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 23-12-2025 11:43 PM
ada dua negara tak boleh di buat jiran :
a) North Korea
b) China.
Diorang spy China ke,?
Mungkin guna drone untuk merompak dgn mengintip terlebih dahulu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni bulan July sebulan sebelum 2 kejadian tu. 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 23-12-2025 06:31 PM
Haah orang tempatan
Mental org kampung panggil gila. Org bandar panggil mental |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kad sakit mental tu ada kad OKU la ek  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mana penguatkuasa? tak buat kerja? makan gaji buta ka? |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|