CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 859|Reply: 26

Pemimpin BN, UMNO berang Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin, 'rai' Najib kekal di penjara

[Copy link]
Post time 22-12-2025 04:43 PM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN), terutama daripada UMNO, membidas Setiausaha Publisiti DAP, Yeo Bee Yin, berhubung kenyataannya berkait Datuk Seri Najib Razak yang kekal menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana Menteri itu bagi memaksa kerajaan serta enam yang lain untuk melaksanakan Titah Adendum supaya beliau menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.

Ia membabitkan kesalahan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang disabitkan ke atas Najib yang juga bekas Presiden UMNO.

Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Puchong, kemudian memuat naik hantaran berbunyi: 'Another reason to celebrate this year end' (satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini) yang dipaparkan bersama pautan berita sebuah portal bertajuk 'No house arrest for Najib' (tiada tahanan rumah untuk Najib).

Hantaran itu dimuat naik beberapa jam selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Alice Loke Yee Ching, membuat keputusan berkenaan setelah berpuas hati bahawa isu berkaitan tahanan rumah tidak pernah disebut, dibincang mahupun diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan yang bersidang pada 29 Januari tahun lalu.

Yee Ching juga memutuskan bahawa Titah Adendum itu tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan bagi maksud menjalani tahanan rumah di negara ini.

Berikutan itu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, mempersoalkan tindakan Bee Yin mengeluarkan kenyataan sedemikian yang seolah-olah bergembira atas penderitaan Najib.

"Mengapa perlu diraikan? Jangan meraikan penderitaan orang lain.

"Hidup ini ibarat satu kitaran. Ingatlah, pemimpin anda juga tidak terlepas daripada kesilapan," katanya dalam hantaran melalui Facebook beliau, hari ini.

Ketua Pemuda BN dan UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, turut berang dengan kenyataan Bee Yin itu.

Malah, beliau menggesa supaya UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan, dengan menjadi pembangkang bermaruah daripada dihina rakan sekutu.

"Apa lagi yang perlu kita tunggu? Tarik sajalah sokongan daripada kerajaan ini.

"Biar kita menjadi pembangkang yang bermaruah, daripada dihina oleh puak-puak bebal ini," katanya dalam rakaman video yang dimuat naik di Facebook beliau, hari ini.

Sementara itu di Jelebu, Ahli Parlimennya, Datuk Seri Jalaluddin Alias, menyifatkan kenyataan Bee Yin berkenaan sebagai sangat tidak wajar dan biadab.

Jalaluddin yang juga Pengerusi UMNO Negeri Sembilan menegaskan Bee Yin sepatutnya menunjukkan sikap matang dan bukan sifat dendam.

"Keadilan adalah proses perundangan yang serius, bukan bahan untuk berpesta atau menyindir penerima hukuman atau penyokongnya.

"Dua perkara - pertama, kurang empati. Menghina atau bersorak atas nasib malang seseorang adalah tidak selari dengan aspirasi MADANI yang parti dia sendiri berpegang.

"Kedua, polarisasi. Kenyataan sinis sebegini hanya memecahbelahkan rakyat dan menggugat usaha perpaduan nasional, sedangkan sebagai Ahli Dewan Rakyat, dia sendiri menyeru rakyat agar jangan berpecah belah, tetapi dia...?

"Shut up (diam)!" katanya dalam satu kenyataan sambil menekankan bahawa politik kebencian harus dihentikan, sekali gus memfokus kepada khidmat rakyat dan bukan meraikan kejatuhan manusia lain.



Sumber – Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2025 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
hehe... kata 1 tali pusat...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2025 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni semua nk instigate amarah sampai Saturday terjadi ke cmne
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni anak apek Jackie Chan ke?  Muka sama.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 08:40 AM | Show all posts
kenapa masing2 nk menyalak?
de pape kepentingan ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 08:45 AM | Show all posts
kata rakan bersekutu. hadap lah jua apa yg team tu buat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2025 08:59 AM | Show all posts
Pru16 kita raikan kejatuhan dapig.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 09:24 AM | Show all posts
MP DAP tu pon ... pada2 lah

The english has a saying 'dont kick a man when he is down'

Tapi Pok Jib pon kena muhasabah siri , dulu dia pon sindir Wan Azizah


Sekarang dia terpaksa telan aje ah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2025 03:36 PM | Show all posts
kata UMDAP Mantap
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
saliv replied at 23-12-2025 12:51 AM
Dia ni anak apek Jackie Chan ke?  Muka sama.

Dia menantu tokey ioi tak silap iols laa
Hat ni laa rasanyaa
Aritu asik beranak je
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 06:33 PM | Show all posts
Kalau pencuri kena tangkap kita kena bersedih ka? Kalau kena potong tangan?

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 06:34 PM | Show all posts
saliv replied at 23-12-2025 12:51 AM
Dia ni anak apek Jackie Chan ke?  Muka sama.

Muka cina memang semua serupa



Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 06:41 PM | Show all posts
sam1528 replied at 23-12-2025 09:24 AM
MP DAP tu pon ... pada2 lah

The english has a saying 'dont kick a man when he is down'

Kan..buat2 amnesia pulak
Najib ni pun kaki troll jugak
So tak perlu merentan, terasa, terkesan bagai


Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
sam1528 replied at 23-12-2025 09:24 AM
MP DAP tu pon ... pada2 lah

The english has a saying 'dont kick a man when he is down'

Rosmah guna MRT ke Kajang?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketua Pemuda BN dan UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, turut berang dengan kenyataan Bee Yin itu.

Malah, beliau menggesa supaya UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan, dengan menjadi pembangkang bermaruah daripada dihina rakan sekutu.


.....apa kata akmall yg kuar umngok, asyik ckp tarik balik sokongan la, itu la ini la.....klau berani sgt panggil egm umngok singkirkan wak 47 la....klau ada telur la
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 09:04 PM | Show all posts
heran..

penjenayah yg rompak duit rekyat pon Kemal sokong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2025 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Wujud rupanya titah tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
shahidan kassim komen pasal hantaran yeo bee yin

https://m.facebook.com/ybdssk/photos/rakyat-sedang-melihat-dan-menilai-meraikan-kesusahan-orang-lain-adalah-satu-keny/1476553727172211/

shahidan kassim ada komen ni jugak.. " PMX tenang.InsyaAllah"

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1475981837229400&id=100044527925634

aku tak ingat pulak.. ada sekor walanon ni dalam diam dia suka dgn shahidan kassim ke annuar musa, atau kedua2nya sekali.. pelik2 je perangai walanon ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 10:35 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
stingerkaypoh replied at 23-12-2025 10:35 PM

yg ni betul ni.. nada mahathir sebenarnya yg keras pasal isu 1mdb najib ni

dan mahathir yg menjadi faktor utama najib ditangkap dan dipenjarakan setelah pru-14.. bukan anwar

anwar biasa je nada dia pasal isu 1mdb najib.. kalau dia keluarkan kenyataan dan ceramah jerit2 tu cuma pattern biasa rutin dia berceramah atas pentas politik.. seni berpolitik

anwar siap terima baik lagi tu permohonan maaf najib berhubung kesalahan jenayah berkaitan 1mdb

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/1mdb-pm-anwar-terima-baik-permohonan-maaf-najib-493403

geng2 ph terutamanya dap dan ada juga dlm kalangan walanon yg masih tak boleh move on drpd isu 1mdb najib
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.051708 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list