|
View: 167|Reply: 1
|
Kerajaan jimat RM800 juta hasil pelaksanaan Budi95 – Anwar Ibrahim
[Copy link]
|
|
|
PETALING JAYA – Kerajaan berjaya menjimatkan sebanyak RM800 juta hasil daripada pelaksanaan program Budi Madani RON95 (Budi95) sejak 30 September lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjimatan itu hasil keberanian dan tekad politik Kerajaan Madani untuk melaksanakannya.
“Sejak lebih 20 tahun lalu, penyasaran subsidi minyak telah dibincangkan oleh setiap kerajaan yang memerintah, namun tiada yang punyai keberanian dan tekad politik untuk melaksanakannya.
“Kerajaan Madani telah mengambil langkah berani menerusi Budi95 untuk memastikan subsidi ini hanya dinikmati rakyat Malaysia dan tidak terus dihirup lebih 3.5 juta warga asing serta puluhan ribu liter yang diseludup ke luar negara,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.
Anwar berkata, setiap hasil penjimatan daripada Budi95 itu dipulangkan kembali kepada rakyat melalui pemberian Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah.
Tambah beliau, penjimatan itu juga dipulangkan kepada rakyat dengan menaik taraf klinik dan hospital, memperbaiki jalan raya serta memperkukuh prasarana negara.
Sumber: – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Rdizz at 22-12-2025 03:35 PM
Dlm tempoh 3 bln, dpt jimat rm800 juta, woww jimat byk tu.
Ada yg nk kondem jugak.
Tapi ada pulak yg berjuang nk bebaskan penjenayah yg seleweng dana awam rm420 juta kes src.. cenggitu pun ada.. pelik otak manusia dok dlm msia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|