CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 553|Reply: 3

‘Dia tak sihat..’ – Zara Zya dituduh tak boleh hamil sebab kanser

[Copy link]
Post time 22-12-2025 01:30 PM | Show all posts |Read mode




“Jangan layan, saya sudah lama sekat (block) dia.”

Demikian respons pelakon Zara Zya mengenai tindakan seorang individu dikenali sebagai Saiful dalam Threads yang melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya termasuk dakwaan tidak boleh hamil disebakan penyakit kanser dihidapi.

Kata Zara, 40, semua kenyataan individu berkenaan dalam media sosial tidak perlu dilayan kerana menganggapnya sebagai seorang yang tidak sihat.

“Kesayangan, saya mohon jangan layan Saiful itu.

“Sudah lama saya ‘block’ sebab rasa terganggu dan tak kenal dia,” katanya.

Tambahnya, dia juga tidak pernah melayan segala mesej yang diterima daripada Saiful sebelum ini.

“Saya tidak pernah membalas mesej daripada dia yang seolah-olah ada balasan perbualan dengan saya.

“Dia tak sihat itu, maafkanlah dia,” ujarnya.

Rata-rata netizen juga berpendapat individu sebegitu tidak harus dilayan dan dalam masa sama mendoakan agar Zara segera pulih daripada penyakit kanser buah pinggang yang dihidapinya sejak tahun lalu.

Sejak semalam, Saiful menjadi bualan ramai apabila tanpa henti membuat pelbagai dakwaan mengenai Zara iaitu pesakit kanser yang dianggap sebagai beban untuk dijaga orang lain.

“Zara Zya tak boleh mengandung, sah mati punya. Kena jaga dia sakit, kemungkinan untuk mati tinggi,” antara kenyataan yang dimuat naik dalam akaunnya.

Kelmarin, Zara mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya menghidap kanser buang pinggang atau renal cell carsinoma tahap satu.

Ujarnya, sebahagian buah pinggangnya sudah dibuang dan kini perlu menjalani rawatan yang ditetapkan pihak hospital.  


Sumber: – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2025 01:57 PM | Show all posts
tp kalau baca ayat mamat tu, mmg nmpk mcm tak sihat dia. mcm mental retarded pun ada gak. tp bio tulis ada degree ekonomi. lol.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2025 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Besar dugaan zara zya..moga sembuh spt sedia kala.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2025 03:21 PM | Show all posts
member kawen pun blom, tp mamat tu meramal mcm dia plak tuhan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.042098 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list