CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 229|Reply: 1

[Sukan & Senibela Diri] Sukan SEA: Kecederaan punca kuartet 4x100m wanita tarik diri

[Copy link]
Post time 15-12-2025 11:44 PM | Show all posts |Read mode
PELARI negara, Zaidatul Husniah Zulkifli (kanan) mengalami kecederaan hamstring tidak sempat pulih untuk menyertai 4x100m wanita.





Sukan SEA: Kecederaan punca kuartet 4x100m wanita tarik diri



  • Oleh MUHAMMAD RIDUAN MOHD HANAFIAH
  • 15 Disember 2025, 10:29 pm








BANGKOK – Impian kuartet 4×100 meter (m) wanita negara untuk memburu pingat di Sukan SEA Thailand 2025 tidak kesampaian apabila terpaksa menarik diri aksi final itu di Stadium Nasional Suphachalasai, hari ini.

Keputusan berat itu terpaksa dibuat pada saat-saat akhir selepas pelari negara, Zaidatul Husniah Zulkifli yang mengalami kecederaan hamstring tidak sempat pulih dan lebih menyedihkan pelari gantian, Chelsea Cassiopea Evali Bopulas yang sepatutnya mengisi kekosongan itu turut bergelut kecederaan.

Ketua jurulatih olahraga negara, Manshahar Abdul Jalil mengesahkan perkara itu dan menegaskan keputusan tersebut terpaksa dibuat selepas perbincangan menyeluruh bersama pasukan perubatan.

“Zaidatul mengalami kecederaan semasa acara final 100m wanita dan walaupun kita telah cuba sedaya upaya untuk memulihkannya, namun dia yang menjalani rawatan Institut Sukan Negara  tidak cergas untuk diturunkan.

“Sepatutnya, Chelsea mengisi kekosongan itu tetapi dia juga mengalami kecederaan sewaktu latihan.

Jadi, Chelsea tidak menyertai sebarang acara di sini.

Sebab itu, kita menarik diri acara 4x100m ini. Terlalu ramai yang cedera pada peringkat akhir. Ia memberi kesan besar kepada pasukan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Penarikan diri itu melengkapkan episod duka buat kuartet wanita yang sebelum ini sudah pun kehilangan khidmat beberapa pelari utama lain seperti Shereen Samson Vallabouy, Azreen Nabila Alias sewaktu di Kuala Lumpur yang diketepikan atas masalah kecederaan.

Ketiadaan kuartet negara pada aksi final itu membuka laluan kepada kuartet tuan rumah, Thailand untuk memenangi pingat emas dengan mudah, diikuti oleh Vietnam meraih perak dan Filipina melengkapkan podium gangsa. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/12/15/sukan-sea-kecederaan-punca-kuartet-4x100m-wanita-tarik-diri/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2025 03:19 PM | Show all posts
tq @Vellfire  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 49
bhatt ji
akku8876ddbhatt ji
Views : 0 Replies : 0
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 5377 Replies : 1
bhatt ji
akku8876bhatt ji
Views : 1010 Replies : 0
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26297 Replies : 22
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.044019 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list