CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 219|Reply: 0

Ukraine, Rusia terus berbalas serangan berdarah

[Copy link]
Post time 26-11-2025 09:16 AM | Show all posts |Read mode


Asap berkepul di atas bangunan semasa serangan udara yang dilancarkan Rusia ke atas Kyiv pada Selasa. - Gambar AFP

KYIV: Rusia semalaman menghujani misil dan dron ke atas ibu negara Ukraine, menyebabkan enam maut, menurut pihak berkuasa pada Selasa, ketika tiga maut di wilayah Rostov di Rusia akibat serangan besar-besaran Ukraine.

Serangan berdarah dipertingkatkan selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mulanya memberi tempoh hingga 27 November kepada Kyiv untuk memberi respons terhadap cadangannya bagi menamatkan perang, mencetuskan reaksi para pemimpin Eropah yang tidak dapat menerima garis masa tersebut dan cetakan biru yang dicadangkan.

Ketua pentadbiran tentera Kyiv Tymur Tkachenko berkata, empat maut dan sekurang-kurangnya tiga cedera di daerah Svyatoshynsky manakala perkhidmatan kecemasan terdahulu berkata dua maut dalam serangan udara ke atas sebuah bangunan pangsapuri di penjuru timur Dniprovsky.

Sebelum subuh Selasa, kementerian pertahanan Rusia berkata mereka telah memintas dan memusnahkan 249 dron Ukraine manakala di wilayah Rostov, pemangku gabenor Yuri Sliusar berkata sekurang-kurangnya tiga maut.

Di wilayah barisan hadapan Krasnodar, Gabenor Veniamin Kondratyev menyifatkan pengeboman semalaman pada Isnin antara serangan besar-besaran paling bertahan oleh rejim Kyiv.

Kyiv dan sekutunya menghabiskan sepanjang hujung minggu lalu membincangkan pelan 28 mata Washington yang pada mulanya dirangka rapat dengan tuntutan keras Rusia yang menetapkan Ukraine untuk menyerahkan wilayahnya, mengurangkan kekuatan ketenteraannya dan berikrar untuk tidak sama sekali menyertai NATO.

Versi yang diperbaharui bertujuan memartabatkan kedaulatan Ukraine, dibincangkan sepenuhnya pada rundingan kecemasan di Geneva, Switzerland.

"Kita mesti menyedari bahawa Rusia tidak akan mengurangkan tekanannya ke atas Ukraine," kata Presiden Volodymyr Zelensky.

Zelensky telah menggambarkan negaranya sebagai berada pada detik kritikal di mana ia berisiko kehilangan maruahnya atau Washington sebagai sekutunya.

Presiden Rusia Vladimir Putin yang mengalu-alukan pelan asal AS, mengancam untuk merampas lebih banyak wilayah Ukraine jika Kyiv menolak rundingan, sedangkan tenteranya sudah menguasai sekitar satu perlima Ukraine.

Kyiv dan sekutu Eropahnya menyifatkan perang tersebut sebagai yang terbesar dan paling berdarah di wilayah itu sejak Perang Dunia Kedua, sebagai rampasan tanah yang tidak sah dan tanpa provokasi sejak Februari 2022.

Canselor Jerman Friedrich Merz mempertikai keupayaan untuk mempersetujui perjanjian selewat-lewatnya 27 November seperti yang dituntut Trump kerana perbincangan adalah satu proses yang panjang.

AS telah mengetepikan Eropah dengan pelan asal dan banyak kerajaan EU terkilan dengan proses menamatkan perang tersebut dengan terma yang ditetapkan Moscow.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.143303 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list