CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 254|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Islam Makhachev kini bergelar juara berganda UFC

[Copy link]
Post time 16-11-2025 11:21 PM | Show all posts |Read mode
Islam Makhachev kini bergelar juara berganda UFC

AFDAH MUJAP
16 November 2025 02:23pm




Islam dinobat juara welterweight selepas menumbangkan Jack Della Maddalena di UFC 322 pada Ahad. Foto Agensi




ISLAM Makhachev mengukuhkan statusnya sebagai antara atlet paling berpengaruh dalam seni bela diri campuran (MMA) moden apabila menundukkan Jack Della Maddalena di UFC 322 pada Ahad untuk meraih gelaran welterweight, sekali gus menyertai kelompok eksklusif juara dwi-divisyen UFC.

Pertarungan di Madison Square Garden, New York itu membawa makna besar buat bintang Dagestan berusia 34 tahun tersebut yang memasuki gelanggang dengan rentak kemenangan 15 pertarungan dalam UFC dan reputasi sebagai petarung paling konsisten dalam dekad ini.


Kemenangan terbaharu melonjakkan rekod tersebut kepada 16 pertarungan, menyamai pencapaian sepanjang zaman milik legenda Brazil, Anderson Silva.

Kejayaan itu turut mengangkat rekod profesional Islam kepada 28–1, perjalanan panjang yang menyaksikan beliau mengatasi beberapa ikon utama termasuk Charles Oliveira dan Alexander Volkanovski ketika kedua-duanya berada pada kemuncak prestasi.


Della Maddalena yang hadir dengan 18 kemenangan berturut-turut dalam karier MMA, termasuk lapan di pentas UFC tetap menunjukkan ancaman ketara.

Namun kelebihan taktikal Islam dalam aspek kawalan gelanggang, kepantasan transisi serta pengalaman di peringkat tertinggi membolehkan beliau menguasai aliran pertarungan dari awal hingga akhir.

Dengan kejayaan ini, Islam kini menjadi petarung ke-11 yang berjaya meraih gelaran dalam dua divisyen berbeza sepanjang sejarah UFC, sekali gus menyertai senarai legenda seperti Randy Couture, BJ Penn, Conor McGregor, Daniel Cormier, Amanda Nunes, Henry Cejudo, Georges St-Pierre, Alex Pereira dan Jon Jones.

UFC 322 bukan sahaja mengesahkan penguasaannya dalam dua kelas berbeza, bahkan membuka ruang kepada pertarungan baharu termasuk kemungkinan berdepan Ilia Topuria sekiranya hala tuju karier kedua-duanya terus bergerak seiring menuju 2026.


Sementara itu, dalam pertarungan co-main event, bekas juara strawweight dua kali, Zhang Weili yang memburu gelaran kedua di UFC gagal menyaingi Valentina Shevchenko bagi kejuaraan flyweight.

Valentina diumumkan pemenang melalui keputusan sebulat suara selepas mendominasi Weili dalam lima pusingan.

https://www.sinarharian.com.my/article/756874/berita/sukan/islam-makhachev-kini-bergelar-juara-berganda-ufc


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.062155 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list