CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 285|Reply: 1

[Sukan & Senibela Diri] Kumamoto Masters: Pearly-Thinaah terus ‘mengganas’ di Jepun

[Copy link]
Post time 14-11-2025 05:44 PM | Show all posts |Read mode
SELANGKAH sahaja lagi buat Pearly (kanan) dan Thinaah untuk ke pentas final Kumamoto Masters selepas mara ke separuh akhir hari ini. - AFP





Kumamoto Masters: Pearly-Thinaah terus ‘mengganas’ di Jepun



  • Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI
  • 14 November 2025, 5:22 pm




KUALA LUMPUR – Aksi konsisten terus dipamerkan beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah pada Kejohanan Badminton Kumamoto Masters di Jepun apabila meneruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Gimnasium Wilayah Kumamoto hari ini, naib juara dunia itu tidak berdepan banyak masalah menewaskan beregu Taiwan, Hsu Yin Hui-Lin Jhih Yun 21-13, 21-17 dalam tempoh 30 minit.

Keputusan itu memastikan Pearly-Thinaah terus mengukuhkan rekod dengan dua kemenangan dalam dua pertemuan menentang gandingan tersebut selepas turut menewaskan mereka pada Terbuka Perancis bulan lalu.

Turun sebagai pilihan utama kejohanan, anak-anak buah Rosman Razak itu mempamerkan aksi cukup baik, sekali gus mengekalkan rentak konsisten sepanjang kejohanan Jelajah Dunia Super 500 berkenaan.

Prestasi cemerlang Pearly-Thinaah pastinya amat diharapkan memandangkan mereka akan turut menggalas cabaran pada temasya Sukan SEA Thailand 2025 serta Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2025 di Hangzhou, China bulan depan.

Mengiringi Pearly-Thinaah ke separuh akhir esok adalah beregu lelaki profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang masih menggalas misi untuk melayakkan diri ke Jelajah Dunia Akhir nanti.

Bekas gandingan No.1 dunia itu mempamerkan aksi cukup baik serta semangat juang tinggi ketika menewaskan Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dari Taiwan menerusi keputusan tiga set 21-16, 10-21, 21-16.

Sementara itu, hasrat tiga lagi wakil negara termasuk dua beregu lelaki, Arif Junaidi-Yap Roy King, Choong Hon Jian-Haikal Nazri serta perseorangan wanita, Wong Ling Ching untuk mara ke separuh akhir lebur apabila tewas kepada lawan masing-masing. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/11/14/kumamoto-masters-pearly-thinaah-terus-mengganas-di-jepun/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-11-2025 09:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.198510 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list