CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 1396|Reply: 38

“Lain kali telefon petang baru saya angkat” - Staf ‘ajar’ bos etika kerja, geram dipersoal tak jawab panggilan pukul 4 pagi

[Copy link]
Post time 13-11-2025 09:31 AM | Show all posts |Read mode





SEORANG pekerja meluahkan rasa penat kerana terpaksa berdepan dengan kerenah majikannya yang sering membuat panggilan pada waktu tidak sepatutnya termasuk seawal 4 pukul pagi.


Menurut lelaki itu, majikannya mempunyai tabiat tidak tidur malam dan sering aktif berfikir pada lewat malam hingga kerap mengganggu staf di luar waktu kerja.


Lebih memeningkan para pekerja, majikan tersebut turut memberi amaran agar setiap staf menjawab setiap panggilan daripadanya tanpa mengira waktu.


“Hari tu masa meeting, dia dah cakap memang ramai staf tak angkat call dia. Tadi tiba-tiba dia mesej aku tanya kenapa tak jawab panggilan.


"Apa kejadahnya telefon pukul 4 pagi? Dia jenis tak tidur malam sebab tu telefon pukul 4 pagi," luah pekerja tersebut di Threads.


Pekerja tersebut turut berkongsi mesej perbualannya dengan majikan di WhatsApp, di mana ia turut terpapar panggilan tidak dijawab sebanyak dua kali pada pukul 4.22 pagi.



"Kenapa saya call awak tak angkat? Tak kisah pukul berapa, kalau saya call maknanya ada benda penting,” soal majikan berkenaan.


“Next time, try call 4 petang bos. InshaAllah saya angkat,” balas staf tersebut.


Selain isu panggilan awal pagi, pekerja berkenaan turut mendedahkan beberapa sikap pelik majikannya kerana sering membuat keputusan yang disifatkan tidak logik.


Antaranya, majikan berkenaan didakwa pernah mengarahkan jabatan sumber manusia (HR) membuat pengumuman untuk menghadkan penggunaan plastik sampah hanya kerana pelatih industri menukar plastik sebelum tong sampah penuh.


Lebih mencuit hati, majikan itu juga dikatakan menuduh staf mencuri kopi segera selepas stok minuman itu habis dalam masa seminggu, walaupun ia dikongsi lebih 30 orang pekerja.


Walaupun ramai menyarankan supaya pengadu berhenti kerja, individu berkenaan mengakui sukar berbuat demikian kerana faktor keluarga dan keadaan tempat tinggal.


“Saya tinggal di pekan kecil, susah nak dapat kerja baru. Lagi pun kena jaga mak dan ayah serta bawa mereka ke hospital. Tempat kerja sekarang benarkan cuti, cuma tolak gaji,” jelasnya.


Perkongsian tersebut mengundang rasa terkejut dalam kalangan netizen yang mendakwa kakitangan di syarikat lelaki itu bagaikan dipaksa bekerja 24 jam sehari tanpa rehat.







Malah, ada yang mendakwa ramai juga majikan bersikap sedemikian dengan mengganggu pekerja di luar waktu bekerja.


"Gila bos macam ni. Bos kau ni sama macam bos aku dulu... malas aku nak layan.


"Sama macam bekas bos aku. Kami pekerja tak dibenarkan tidur selagi dia tak tidur. Pukul 5 pagi masih lagi bekerja suruh perah otak bagi idea.


"Aduhai teringat bos lama. Mak aku gelar dia regimen kuku besi. Terlalu banyak sangat benda buruk," katanya.


Sumber – mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2025 09:40 AM | Show all posts
ramai bos macam ni.

kat company lama, ceo tu akan call org bawahan dia tak kira masa. siap dah warning awal2 yang dia akan call/whatsapp dan kena jawab immediately. Bengong.
Nasib baik contract dia tak renewed.

Nasibla bukan immediate boss iol.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Mostly local companies yg boss juga adalah owner company.  Jadi mcm tu sbb pekerja enablers.  Most international companies, walaupun boss hantar email kul 2 pg kita ketawakan je tunggu la sampai esok ready nak balas baru balas.  Sekarang dah ada disclaimer juga bawah signature email, tskut kena maki atau kena report.  Disclaimer reads We work flexibly at xxx, so whilst it suits me to email now, I do not expect a response or action outside of your own working hours.  Gitulah company iols.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm.boss.laki.iols.dolu.lah
Tp.boss nya masuk kat whatsapp je..
Ape kejadah event pkl 12, pkl 3pagi baru hantar kat wasap group
Hahahaha..
Pastu.meroyan..
Sabo.jelah...
Mujur boss tu tak.lama...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 10:06 AM | Show all posts
macam iols, 2 phone, 2 number. satu keje, satu personal

sampai je rumah, iols tikam phone keja dengan charger in silent mode. dah, jangan kacau orang nak rehat. kalau dok vibrate, noti masuk bertalu2, or ada call, iols tolak masuk laci. selamat malam, besok kita bersua kembali, gituu

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 10:09 AM | Show all posts
Samerosie replied at 13-11-2025 09:40 AM
Mostly local companies yg boss juga adalah owner company.  Jadi mcm tu sbb pekerja enablers.  Most i ...

tak jugak cuols...my fren, EA for international company office in Spore, masa tu weekend dia tgh mandi, skali boss dia call, of coz tak jawab sbb tgh mandi...lps mandi dia call boss dia, sekali kena maki hamun sbb tak jawab call. Boss dia expat from UK. Many of us kenal boss dia tu sbb pnh kerja same company, to us he is a snake...

Long story short, the boss recently kena tendang by share holders, at company yg dia adalah salah sorang pengasas. Reason being, dia pandai ckp tapi tak deliver. The company now have new CEO.

My fren now kerja dgn O&G company from saudi...yg famous tu, mesti cuols tau company apa....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2025 10:21 AM | Show all posts
Zaman WFH dulu ada bos check productivity (konon) based on email sent/received time.
Kalu yang hantor email pukul 10pm, 11pm, 12 am, orang tu lah yang dipujinya masa meeting. Rajin kerja round the clock katanya. Staff yang send emails during office hour tu kira tak produktive dan masuk list liability. Sekarang dia pun dah melingkup pi keje tempat lain.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 10:23 AM | Show all posts
berpunca masa interview
sume boleh sume ok takde masalah
bile da keja sume bodoh sume salah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2025 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa conference call pukul 6 petang, staf yg attend wfh dengan iringan bunyi bising anak2 kecik tu lah yg dipuji. Itu barulah kerja




Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah kena boss cengini tp dia call time maghrib sampai nk ke isyak....kira ok lg la
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Firenzza at 13-11-2025 11:48 AM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet di Putrajaya pagi tadi sejurus tiba dari lawatan dari luar negara.

Menerusi perkongsian pada akaun Facebook miliknya sebentar tadi, beliau memaklumkan tiba di negara ini kira-kira jam 5 pagi dari lawatan ke Bahrain dan Brunei.

"Usai tiba dari Bahrain sekitar jam 5 pagi tadi, saya langsung mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri awal pagi tadi.



.....yg ni lg lejen xde la main call2 subuh buta, teruih panggil meeting....ko hada?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 12:26 PM | Show all posts
pernah ada ex boss bg kerja atau tanya soalan throuh whatsapp & email pkol 2-3pg....tp dia dah bgtao awal2 dia mmg jenis bangun pagi hari2 tahajud..jgn risau reply time office hour nnt..dia tanya siap2 sbb takut esok lupa...so kitorang semua mcm okla...mula2 je pelik awat dok msg 2-3pagi..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 12:32 PM | Show all posts
salah sorang TF from AA
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 01:39 PM | Show all posts
Kampeni meolls penah buat zoom mmeting sbb ada projek nak buat kerja core jadi automation,, dah habis kat ofis sambung pulak 8 mlm hingga 1 pagi padahal bukan under meolls punya job scope pun tapi dah boss suruh masuk meolls masuk le even dari awal tahun hinnga masuk bulan puasa yachh.. Hujung2 org yg kendali zoom tu meninggal uollss.. sejak kes tu zoom hanya waktu kerja jahh... ekekekk
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 13-11-2025 12:32 PM
salah sorang TF from AA

Dia tak boleh tidurkah?


Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 03:25 PM | Show all posts
Edited by kucingitam at 13-11-2025 03:27 PM

boss2 mmg gitu, tak kira kerja sendiri atau kerja multinational ka. ex boss aku kdg aku tgh cuti hari jumaat dia suruh dtg ptg tu  utk buat proposal la, . padahal takde beza kalau hari isnin next week aku buat. buat hari jumaat pun tetaplah isnin baru boleh dpt approvalnya. yg boss baru pulak tgh2 malam whatsapps aku minta BOM. Tapi ex boss aku sll pesan, kalau dia whatsapps suruh itu ini during odd hours tu, takyah layan pun takpe. kadang dia teringat sesuatu benda tu, dia terus msg je, takut tunggu esok lupa pula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2025 03:43 PM | Show all posts

siang tido malam berjaga kut hahahaha

ntah tak tanya pulak kalau mmg heols ada insomnia ka apa.. tp mmg workaholic katanyehh , so yg betui2 bawah dia tu mmg kena ikut timing dia la.. 24hrs oncall gaytohh.. mcm hakak long kiter leee.. terpaling kerojer hari ahad.. tapenah pegi kelantam kut, sana bank pun bukak hari ahad.. apadehall

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 04:02 PM | Show all posts
Tempat keje iolls, bos penah call iolls pukul 11 malam, tengah mamai2 nak tido. Lantak la, maleh nak layan. Pastu anak bos wasap pukul 2 pagi. Ini mmg giler. Alasan dia wasap hal keje pasal dia takleh tido. Iolls cakap, apa2 hal keje better wasap esok pagi waktu masuk kerja supaya kita ingat dan tak lupa. Bukan wasap pukul 2 pagi mcm nak bagi tahu ada orang meninggal pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 13-11-2025 09:18 AM

Meols yang keje gomen pun pernah. Orang PPD SISC+ aka babi whatsapp mintak data pukul 11 tengah malam. Hari Sabtu pula tu. Dah la data yang dia mintak tu aku dah bagi kat ketua bidang awal2 lagik tapi ketua bidang tak bagi dia. Sundel betul smpai sekarang meols anti ngan dia tapi kena buat2 fake all smiley face bila jumpa. Benci aku. Baru2 ni jumpa masa bengkel pun kemain meols senyum, dia buat muka sial dia tu. Apa masalah ntah. Eeeee.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2025 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
silance: Zaman WFH dulu ada bos check p ...


Babih bos gini, mak kosser la nak hamak keje send email je semedang. Lantak lah, tapi naseb boss mak tak gituh.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 11:12 PM GMT+8 , Processed in 1.686219 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list