CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 297|Reply: 1

[Sukan & Senibela Diri] Qaiyum buru emas tinju 51kg di Sukan SEA

[Copy link]
Post time 11-11-2025 12:21 PM | Show all posts |Read mode
Qaiyum buru emas tinju 51kg di Sukan SEA

AFDAH MUJAP
11 November 2025 09:20am




Qaiyum buru pingat emas pada penampilan ketiganya di pentas Sukan SEA.




PETINJU negara, Muhammad Abdul Qaiyum Ariffin mahu menampilkan karakter lebih matang dalam misi memburu pingat emas pada penampilan ketiganya di pentas Sukan SEA.

Pemenang gangsa kategori 51 kilogram (kg) Sukan SEA 2023 di Kemboja itu berkata, beliau kini menumpukan kepada pemantapan mental sebagai persiapan menghadapi edisi Thailand bulan depan.


Menurutnya, aspek itu diberi perhatian bagi memastikan prestasi sebenar di gelanggang tidak terjejas oleh tekanan pertandingan.

“Kebiasaannya ketika sparring, saya boleh tunjukkan teknik dan pertahanan dengan baik.


“Tapi setibanya hari pertandingan, prestasi kadang-kadang berbeza.

“Jadi saya cuba membayangkan suasana perlawanan sebenar sewaktu latihan supaya mental ini terbiasa,” katanya.

Petinju berusia 23 tahun dari Ipoh, Perak itu juga memberi perhatian khusus kepada wakil tuan rumah dan Filipina yang dijangka menjadi pencabar utama dalam perebutan podium pada temasya dwitahunan itu nanti.

Sukan SEA Thailand 2025 dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 20 Disember membabitkan tiga wilayah iaitu Bangkok, Chonburi dan Songkhla.


Sebagai rekod, Qaiyum kandas di pusingan awal pada penampilan pertamanya semasa Sukan SEA Vietnam 2021.

Penampilan Qaiyum di arena tinju tempatan mula mencuri perhatian apabila memenangi pingat emas menerusi kategori 48kg pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2022.

Dia kemudian dipilih menggalas cabaran negara pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

https://www.sinarharian.com.my/article/756142/berita/sukan/qaiyum-buru-emas-tinju-51kg-di-sukan-sea


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2025 05:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.437083 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list